Penyanyi, Elyana pernah memuat naik satu posting di Instagram berhubung berat badannya sebelum menjalani rawatan radioterapi selama 10 hari di sebuah hospital swasta di Selangor.
Artikel berkaitan: Berat Badan Makin Susut Cuma 35kg, Elyana Bakal Jalani Rawatan Radioterapi 10 Hari
Artikel berkaitan: ‘Kami Tak Best Kalau Tak Ada Awak, Sebab Tu Bonda Selalu Doa Biar Bonda Pergi Dulu’ – Elyana
Terbaru, pelantun suara ‘Tak Tercapai Akalmu’ ini meluahkan rasa syukur kerana berat badannya sudah mencecah 42 kilogram berbanding 35 kilogram sebelum ini. Alhamdulillah!
Alhamdulillah!
Menurut Elyana, dia berterima kasih kepada semua individu yang sentiasa mendoakan perkara baik buat dirinya sepanjang terlantar di hospital. Tambah Elyana, dia turut terharu apabila menerima pelbagai kiriman hadiah dan makanan daripada para peminat. Meskipun baru hari keenam menjalani rawatan radioterapi, Elyana gembira kerana berat badannya semakin bertambah sebanyak 7 kilogram.
Semoga ada selera makan
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen gembira mendengar khabar tersebut. Malah, mereka mendoakan supaya selera makan Elyana semakin bertambah dan kembali sembuh seperti sedia kala.
Terdahulu, Elyana disarankan oleh doktor untuk menjalani rawatan radioterapi selama 10 hari di hospital tersebut. Sepanjang di hospital, Elyana sempat berkongsi mengenai prosedur dan proses memasukkan darah dan susu ke dalam badannya. Difahamkan, setiap satu beg darah yang dimasukkan ke dalam badannya memerlukan lebih kurang tiga jam dan penyanyi ini memerlukan dua beg darah. Itu tidak termasuk dengan susu sebagai sumber protein untuk badannya memandangkan dia memiliki berat badan 35 kilogram sahaja.
Sumber: Elyana