berita

Berat V BTS Naik 10kg Lepas Masuk Tentera, Peminat Kata Makin Sado..Handsome!

February 16th, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Ahli kumpulan BTS iaitu V yang kini sedang menjalani perkhidmatan ketenteraan mengejutkan peminat selepas memuat naik satu hantaran di Weverse pada 14 November lalu.

Berat badan V naik 10kg

Memetik laporan Allkpop, V atau nama sebenarnya Kim Taehyung memaklumkan berat badannya kini telah meningkat sebanyak 10 kilogram. Jelas V lagi, sebelum memasuki perkhidmatan wajib tentera Korea Selatan itu, beratnya adalah 62kg dan kini 72.4 kg.

Menjengah ke ruangan komen, ada dalam kalangan peminat BTS yang digelar ARMY meluahkan rasa lega dan gembira dengan berita tersebut. Ini kerana V, sebelum memasuki tentera, dianggap terlalu kurus dengan ketinggiannya 178.8 sentimeter.

Sekadar info, selain V, RM, Jimin dan Jungkook kini sedang mengikuti langkah tiga anggota lain kumpulan K-pop itu yang berkhidmat dalam pasukan tentera selama dua tahun.

BTS dijangka kembali bergabung selepas mereka semua selesai menjalani latihan itu pada Oktober 2025.

Sumber: Allkpop

SKIP THIS AD ×