Juara Famili Duo musim ke-2 iaitu Yamani Abdillah dan Zaki Yamani memberitahu mereka menyambut hari raya Aidilfitri di kampung masing-masing sebelum beraya bersama-sama di Ipoh, Perak.
Artikel Berkaitan: Yamani Abdillah & Zaki Yamani Bakal Keluarkan Lagu Bersama Bapa, Harap Ke Pentas AJL
Tradisi main mercun di Kuala Kangsar, Perak
Ketika ditemui OhBulan!, Yamani Abdillah memaklumkan sudah menjadi rutin tiap tahun dia sekeluarga akan meraikan hari raya pertama di rumah nenek (mak Jamal Abdillah) yang terletak di Ipoh, Perak.
Menceritakan kemeriahan Aidilfitri sebelum ini, Yamani akui antara perkara yang paling tidak sabar dinanti ketika Syawal adalah untuk bermain mercun dan meriam yang menjadi tradisi di Kuala Kangsar, Perak.
Malam raya tu, semua akan berkumpul dan setiap daerah di negeri Perak akan main mercun besar. Biasanya, beraya dekat bandar tak meriah macam di kampung.
Manakala Zaki Yamani memberitahu dia akan beraya bersama abangnya, Yamani di Ipoh, Perak selepas beraya di Shah Alam (rumah atok di sebelah ibunya).
Pasangan adik-beradik ini bakal melancarkan lagu duet bersama bapa mereka, Dato’ Jamal Abdillah yang berjudul Tangan Yang Melambai. Ujar mereka, lagu tersebut memberi kesan terhadap emosi kerana ia adalah sebuah lagu sedih yang menceritakan tentang hubungan ayah dan anak.