Dalam dunia serba canggih ni, dah banyak aplikasi e-wallet yang diperkenalkan untuk memudahkan korang berbelanja, dan yang bestnya lebih banyak korang berbelanja, lebih banyak ganjaran-ganjaran menarik menanti korang!
Tak terkecuali, B Infinite merupakan sebuah program loyalty dan e-wallet (B Infinite Pay) yang disepadukan dalam satu aplikasi mudah alih.
Setiap pengunaan B Infinite sewaktu berbelanja akan membolehkan korang mengumpul BPoints tau. Menarik kan!
Senang cerita, B Infinite memberikan korang BPoints setiap kali korang membeli barangan di merchant terpilih. Yang lagi best, lepas BPoints korang dah banyak, korang boleh tebus dan beli barangan kesukaan.
Oh, bukan itu sahaja, korang juga boleh pakai BPoints untuk membayar bil utiliti dan menebus baucar eksklusif melalui aplikasi B Infinite. Gempak weh!
Jom kami kongsikan antara keistimewaan B Infinite ni!
Mudahnya dengan B Infinite!
Menariknya, semua ahli B Infinite juga boleh menikmati pelbagai keistimewaan antaranya :
Dapat Kumpul BPoints
- Setiap perbelanjaan daripada rakan kongsi di cawangan mereka sama ada dalam talian atau aplikasi B Infinite korang akan dapat BPoints. Setiap 100 BPoint bersamaan dengan RM1. Lagi banyak korang guna lagi banyak BPoints korang boleh kumpul.
Tebus BPoints
- Ni mesti korang suka, agak-agak kalau BPoints korang dah banyak korang bolehlah tebus apa sahaja barang di merchants yang terpilih tau. Berbaloi kan!
Perbelanjaan Menggunakan B Infinite Pay (BI Pay)
- Untuk pengetahuan korang, dengan setiap kali korang shopping di cawangan tertentu menggunakan B Infinite Pay (BI Pay) korang akan menerima BPoints yang boleh ditebus dengan sesuatu yang istimewa. Lagi syok lah nak shopping lepas ni!
Kat mana nak guna B Infinite ni?
Untuk pengetahuan korang, B Infinite mempunyai banyak merchant di seluruh Malaysia untuk korang kumpul dan tebus BPoints serta membuat pembayaran yang meliputi restoran, kafe, hotel, stesen minyak dan banyak lagi. Rakan kongsi tersebut terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu:
Loyalty
- Diterima lebih dari 80 merchants seperti Berjaya Hotels & Resorts, Starbucks, Kenny
Rogers Roasters, Krispy Kreme Doughnuts, Borders dan banyak lagi serta terdapat 2,000 touchpoints.
E-wallet
- Diterima lebih dari 4,000 merchants seperti Caltex, Marrybrown dan banyak lagi serta terdapat 7,000 touchpoints.
Jadi, setiap kali korang pergi mana-mana, pastikan korang ON lokasi untuk melihat merchant yang berdekatan.
Jangan lupa imbas kod bar dalam aplikasi semasa membuat pembelian atau penebusan di salah satu daripada 4,000 merchant B Infinite yang mengambil bahagian.
Tapi macam mana pula nak jadi ahli B Infinite? Haa…mudah je!
1. Korang hanya perlu muat turun aplikasi mudah alih B Infinite di App Store atau Google Play.
2. Daftar dengan mengisi butiran diri korang
3. Selepas mendaftar, korang akan menerima kad B Infinite secara virtual dan korang boleh nikmati keahlian serta merta!
Untuk maklumat lanjut, muat turun aplikasi B Infinite sekarang.