berita

Berbulan Nampak Duduk Depan Pintu Ikea, Lelaki Ini Terdetik Nak Tahu Siapa Lelaki Ini Sebenarnya, Rupanya Ada Kisah…

June 17th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Tidak dinafikan, pandemik Covid-19 yang melanda dunia ini telah menyebabkan banyak sektor ekonomi terjejas. Ramai individu dipercayai hilang pekerjaan dan terpaksa meraih simpati masyarakat untuk meneruskan kehidupan.

Di Twitter, seorang lelaki yang dikenali sebagai Azrin berkongsi sebuah kisah mengenai seorang rakan jalanan yang dijumpai olehnya setiap hari di hadapan IKEA Damansara. Rakan jalanan tersebut dipercayai hilang pekerjaan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 dilaksanakan.

Rupanya orang kita

Saya nak cerita sikit pasal uncle ni. Aku ni ke IKEA Damansara boleh kata hari-hari, sejak PKP 1.0. Yelah personal shopper kan, situlah office aku pun. Tapi nak jadi cerita baru minggu lepas aku terdetik nak tegur uncle ni. Ingatkan orang Indonesia rupanya orang Cina kita.

Menurut Azrin, setiap hari dia akan berada di IKEA Damansara. Oleh kerana sering berkunjung ke gedung jualan tersebut, dia terdetik untuk menegur seorang lelaki yang sering dilihatnya di hadapan pintu keluar gedung berkenaan. Jelas Azrin, sudah lama lelaki berbangsa Cina itu duduk di situ.

Saya tanya kenapa duduk depan pintu Ikea ni hari-hari, dia cakap dia tak ada tempat tinggal. Dulu kerja Singapore, balik Malaysia sebab covid restoran tutup (Chef) Kerja dekat Malaysia, pun sama nasibnya. Last-last jadi gelandangan. Dia tidur dekat bus stop, mandi dekat Petronas Mutiara Damansara.

Saya tanya phone dan powerbank charge mana, dia cakap dekat The Curve. Ya The Curve dah tutup tapi dia cakap masih ada elektrik. Tapi duit tak ada. Hari-hari berbulan dah dia melangut ja depan Ikea tu. Berpuluh interview kerja dia dah pergi, semua tak lekat. Last-last duduk tepi jalan.

Selepas mendekati lelaki berkenaan, Azrin baru mengetahui nama lelaki tersebut ialah Ah Sai. Ujar Ah Sai, dia berasal dari Johor Bahru. Sebelum ini, dia pernah bekerja di Singapura sebagai seorang chef namun, terpaksa pulang ke Malaysia kerana wabak Covid-19. Apabila pulang ke Malaysia, dia sekali lagi kehilangan pekerjaan kerana situasi yang sama. Tambah Ah Sai, situasi sekarang menyebabkan dirinya sukar untuk pulang ke kampung halaman. Lebih-lebih lagi dia tidak mempunyai wang.

Beli makanan untuk dia

Dan baru-baru ni, kawan aku ada hulur sikit suruh bagi dekat uncle ni. Dia punya suka lah. Hampir setiap pagi, dia akan update dengan aku dia makan apa. Tapi dia cakap makanan mahal la abang. Dia belanja sehari rm8 makan pagi dan petang.

Selepas mendengar kisah Ah Sai, Azrin dan rakan-rakannya cuba sedaya upaya untuk membantu lelaki tersebut. Mereka dilihat memberi makanan dan sedikit wang belanja buat Ah Sai. Tambah Azrin, Ah Sai salah seorang individu yang terkesan disebabkan Covid-19. Tapi, Ah Sai masih kuat dan mahu mencari kerja demi meneruskan kehidupan. Sebagai manusia biasa, Azrin berharap ada pihak yang sudi menawarkan pekerjaan dan membantu Ah Sai.

Sumber: Azrin

SKIP THIS AD ×