
Pelakon, Sweet Qismina meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir netizen yang didakwa keterlaluan apabila mengkritik perubahan fizikal suaminya, Adam Lee yang semakin susut dan kurus kebelakangan ini.
Artikel Berkaitan: Sweet Qismina Sakit Hati Baca Komen Netizen Fitnah Adam Lee – ‘Dia Cengkung Sebab Turun Berat, Nak Fight’
Komen melampau

Sweet, 29, berkata, komen yang dibuat tanpa mengetahui punca sebenar penurunan berat badan suaminya itu amat mengganggu emosi, apatah lagi apabila disampaikan secara terbuka di media sosial.
Memang kami sedar orang akan bertanya apabila melihat perubahan itu. Tapi bila terlalu melampau, bercakap tanpa buat sebarang semakan atau usul periksa, ia jadi amat menjengkelkan.
Tak perlu cakap apa-apa kalau hanya nak menilai luaran. Saya saja yang tahu penat lelah dia. Sama seperti isteri orang lain, kami yang berada di belakang tabir lebih faham apa yang berlaku.
Tambah pemenang Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) itu lagi, orang ramai harus lebih berhemah dan bertanggungjawab ketika menggunakan media sosial.
Katanya, komen negatif yang berlebihan bukan sahaja menyakitkan hati, malah boleh memberi kesan kepada kesihatan mental individu terlibat.
Media sosial sepatutnya digunakan dengan cara yang baik, bukan untuk mengganggu emosi orang lain. Kalau berada di tempat kami, belum tentu semua mampu terima.
Sebelum ini, Sweet tampil menjelaskan perubahan fizikal Adam selepas timbul pelbagai dakwaan dan spekulasi mengenai keadaan kesihatan suaminya.
Menerusi perkongsian di Threads, Sweet menjelaskan Adam sedang menjalani program penurunan berat badan secara intensif sebagai persiapan menyertai acara sukan tempur, Fight Fury Redemption.







![[VIDEO] Individu Tegur Penampilan Nampak Dewasa, Thalita Bidas – ‘Saya Duduk Atas Pentas, Makeup Kena Tebal’](https://asset.ohbulan.com/2026/07/thalita-1.jpg)
