
Sepasang suami isteri ditemui maut dipercayai dibunuh di kawasan kebuh sawit di Pantai Remis, Perak pada Selasa.
Mayat dalam kebun kelapa sawit

Menurut Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nordin Abdullah, sebelum kejadian dipercayai berlakunya pertengkaran membabitkan perebutan harta tanah kebun antara kedua-dua mangsa dengan seorang lelaki (adik kepada suami).
Mayat suami isteri itu dijumpai dalam kebun dengan kecederaan di kepala dan muka kesan dilibas dengan sabit sawit. Suspek kes itu berusia 61 tahun telah berjaya ditahan bagi membantu siasatan.
Mayat kedua-dua mangsa yang berusia 74 tahun itu telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk proses bedah siasat. Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung, Asisten Superintenden Ashazarul Khairi Ab Hamid di talian 012-5087026.
Sumber: Sinar Harian






![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kena Jadi Baik & Ramah Sebab Mereka Datang Dari Jauh’ – Syed Saddiq Nasihat Ayden Santuni Masyarakat](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2675.jpeg)
![[VIDEO] Syed Saddiq Dedah Hati Mula Berpaut Pada Bella Astillah Ketika Di Sabah – ‘Saya Nampak Sisi Dia Yang Berbeza’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2674.jpeg)