berita

Berebut Harta Pusaka Peninggalan Bapa, Abang Tikam Adik Sampai Mati

September 20th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Gara-gara berebut harta pusaka peninggalan bapa, seorang lelaki di India tergamak menikam adiknya pada bahagian dada dengan menggunakan sebilah gunting. Mangsa yang mengalami kecederaan parah telah dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia.

Tikam adik sebab berebut harta pusaka

Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan yang dipetik daripada Times of India, ibu suspek iaitu Maya Devi memberitahu bahawa suaminya telah meninggal dunia pada tahun 2020 akibat Covid-19. Susulan daripada itu, kesemua harta termasuk rumah yang didiami mereka sekeluarga telah dipindahkan ke atas namanya.

Namun keputusan tersebut secara tidak langsung menimbulkan rasa kurang senang suspek, Rohit yang berusia 25 tahun. Lebih mengejutkan apabila anak sulung daripada tiga beradik itu bertegas mahu rumah tersebut dipindahkan ke atas namanya. Bercerita dengan lebih lanjut, Maya Devi mendakwa dia terpaksa ‘membuang’ suspek daripada keluarga kerana sikap buruknya yang sering mabuk dan panas baran.

Bukan itu sahaja, suspek juga sering menimbulkan pergaduhan dalam keluarga sehinggalah pada suatu hari, suspek sekali lagi membuat kecoh dan menyerang dua adik lelakinya iaitu Prashant dan Yash. Akibat pergaduhan itu, Yash iaitu adik bongsunya yang berusia 21 tahun mengalami kecederaan pada bahagian dada akibat ditikam menggunakan sebilah gunting.

Mangsa dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan. Suspek kemudian ditahan polis dan siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan India.

Sumber: Times of India

SKIP THIS AD ×