berita

Berebut Hasil Jagung Atas Tanah Pusaka, Adik Tetak Abang Kandung Guna Parang

June 8th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Hanya kerana berebut hasil tanaman jagung yang diusahakan di atas tanah pusaka milik arwah bapa, seorang lelaki tergamak menetak abang kandungnya menggunakan sebilah parang di sebuah rumah di Kampung Tualang Keliki, Machang.

Adik tetak abang sebab harta

Sekadar gambar hiasan

Difahamkan, sehari sebelum insiden, berlakunya pertengkaran di antara suspek yang berusia dalam lingkungan 20-an bersama kakaknya mengenai kutipan hasil tanaman jagung yang diusahakan di atas tanah pusaka milik arwah bapanya. Suspek kemudian bertindak agresif dengan menghunus sebilah pisau kepada wanita itu.

Pada ketika itu, mangsa yang berada di situ cuba untuk meleraikan pertengkaran tersebut tetapi sebaliknya pula yang berlaku apabila suspek bertindak mencederakan paha mangsa dengan pisau yang sama. Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superitendan Mohd Zahir Abdullah, mangsa segera dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum dia dibenarkan pulang ke rumah pada malam harinya.

Suspek bagaimanapun masih tidak berpuas hati dengan abangnya telah datang ke rumah lelaki itu keesokan harinya dengan membawa sebilah golok sebelum menetak mangsa.

Mangsa yang mengalami kecederaan pada lengan, kepala dan lutut telah dibawa ke hospital sekali lagi untuk rawatan lanjut. Susulan daripada itu, pihak polis mula menjalankan siasatan dan suspek berjaya ditahan di kawasan kebun jagung di belakang rumahnya pada Sabtu lalu.

Sementara itu, ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine selain mempunyai rekod lampau berkait kes jenayah dan satu kes dadah.

Sumber: Kosmo

SKIP THIS AD ×