berita

Berebut Pelanggan & Dendam Lama Punca Pergaduhan Di Kompleks Makanan Pulau Pinang

February 4th, 2022 | by Amirul Asraf
Video Popular

Viral di media sosial berhubung sebuah video pergaduhan yang melibatkan enam orang lelaki di Kompleks Makanan Medan Renong Padang Kota Lama, Pulau Pinang, semalam.

Berikutan daripada pergaduhan tersebut, enam lelaki berkenaan telah tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, untuk memberi keterangan.

Guna kerusi dan kayu

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan V Saravanan, terdahulu pihaknya menerima laporan mengenai insiden terbabit daripada seorang lelaki berusia 36 tahun. Menurut lelaki tersebut, kejadian berkenaan berlaku gara-gara perselisihan faham membabitkan pengadu dengan lima lelaki di kompleks makanan itu sehingga mencetuskan perbalahan.

Dua daripada mereka adalah adik lelaki kepada pengadu manakala tiga lagi adalah sepupunya. Ketika pergaduhan kedua-dua pihak menggunakan kerusi dan kayu sebagai senjata.

Mengulas lebih lanjut, Saravanan memberitahu siasatan mendapati punca pergaduhan disebabkan berebut pelanggan selain dendam lama antara kedua-dua belah pihak. Akibat pergaduhan berkenaan, kesemua lelaki tempatan itu mengalami luka ringan dan calar di bahagian badan.

Kesemuanya sudah tampil menyerah diri di IPD Timur Laut dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan atas kesalahan merusuh menggunakan senjata. Orang ramai yang berada di tempat kejadian diminta tampil atau menghubungi IPD Timur Laut bagi membantu siasatan. Selain itu, jangan membuat spekulasi dan menyebarkan rakaman video di mana-mana medium media sosial.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×