berita

Bergaduh Dengan Isteri, Lelaki Tampar Anak Berusia 6 Bulan Sehingga Maut

May 29th, 2019 | by Wan
Isu & Kontroversi

Seorang lelaki yang disyaki mengalami masalah mental ditahan polis selepas dikatakan menampar anaknya yang berusia 6 bulan sehingga meninggal dunia. Ibu mangsa yang merupakan seorang warga Thailand membuat laporan polis di Kangar bersama kenalannya semalam selepas bayi itu tidak bernyawa.

Masalah mental

Menerusi laporan Harian Metro, wanita terbabit dikatakan bertengkar dengan suaminya yang enggan makan ubat psikiatri sebelum lelaki itu bertindak menampar anak bongsunya. Menurut Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd, ini kali pertama suaminya berkelakuan sebegini.

Mengikut keterangan ibu mangsa, pada malam kelmarin suspek yang mempunyai masalah mental bertengkar dengannya di rumah mereka kerana enggan memakan ubat psikiatri.

Berang dengan tindakan isterinya itu, suspek segera menampar anak bongsunya itu sekali. Isterinya memaklumkan itu adalah kali pertama kejadian itu berlaku kerana sebelum ini suspek tidak pernah mengasari anak.

Sempat menyusu

Bimbang kejadian sama berulang lagi, wanita terbabit bertindak membawa anak yang lain ke rumah kenalannya.

Ibu mangsa sempat menyusukan mangsa pada jam 4 pagi di rumah kenalannya sebelum kembali tidur. Dia kemudian mendapati bayi itu tidak bernafas beberapa jam selepas itu.

Pasukan perubatan dari Unit Kecemasan Hospital Tuanku Fauziah, Kangar pergi ke rumah terbabit dan mangsa disahkan meninggal dunia,

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×