Foto: The Sun
Di New Delhi, India seorang wanita didakwa bertindak di luar kawalan dengan mencampak enam anaknya ke dalam sebuah perigi selepas bertengkar dengan suaminya.
Tergamak campak anak dalam perigi
Foto: The Sun
Memetik laporan The Sun, pihak polis berjaya menemui enam kanak-kanak yang dikhuatiri mati lemas di dalam perigi berikutan dicampak oleh ibu mereka yang bertengkar dengan suaminya. Menerusi foto yang dikongsi dapat dilihat usaha yang dilakukan oleh penduduk tempatan bagi menarik mangsa keluar dari air.
Mengulas lebih lanjut, kejadian tersebut berlaku di daerah Raigad, negeri Maharashtra dan keenam-enam mangsa ditemui dalam keadaan sudah meninggal dunia. Suspek, Runa Chikhuri Sahni, 30, dipercayai mencampak mereka sebelum cuba melompat ke dalam perigi pada Isnin yang lalu.
Namun, dia ketika itu berjaya diselamatkan sebelum ditahan atas tuduhan membunuh. Ujar pihak polis, lima kanak-kanak perempuan dan seorang lelaki berusia antara 18 bulan hingga 10 tahun sudah meninggal dunia ketika ditemui.
Sumber: The Sun