berita

Bergaduh Pasal Parking, Pokok Sampai Pasu ‘Terbang’

June 13th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Pertengkaran mulut melibatkan jiran lelaki dan juga wanita sehingga menyebabkan kekecohan menjadi tular di media sosial sejak semalam. Kejadian berkenaan dikatakan telah berlaku di sebuah kawasan perumahan di Seksyen 24, Shah Alam.

Gaduh sebab isu parking dan tanaman

Video yang berdurasi 4 minit lebih itu memaparkan perbalahan mulut antara satu sama lain sehingga berlakunya insiden tolak -menolak dan membaling pasu bunga.

Menerusi laporan yang dipetik daripada Harian Metro, kekecohan berkenaan dipercayai berpunca daripada parkir kenderaan dan juga isu tanam pokok bunga di tepi rumah sepertimana video yang tular di media sosial itu.

Menurut Ketua Polis Derah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, pihak polis telah menerima dua laporan mengenai kejadian berkenaan yang membabitkan sekumpulan lelaki dan wanita yang dipercayai tinggal berjiranan.

Setakat ini, polis menerima dua laporan berkaitan isu ini daripada kedua-dua pihak yang terbabit.

Kedua-duanya tarik balik laporan polis

Jelasnya lagi, kejadian terbabit berlaku pada Jumaat jam 3 petang di taman perumahan Seksyen 24 yang berpunca daripada masalah parking kenderaan dan juga masalah tanaman sehingga mencetuskan pergaduhan antara mereka.

Semua yang terbabit dipanggil untuk dirakam percakapan dan siasatan lanjut dijalankan setelah laporan polis diterima.

Meskipun, kedua-dua pihak telah menarik balik laporan polis mengenai isu pertengkaran berkenaan, namun pihak polis tetap menjalankan siasatan secara adil dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dengan segera.

Walau bagaimanapun, kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 148 Kanun Keseksaan, Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan peraturan 17(1) PPPB 2021 atas kesalahan melanggar SOP PKP serta boleh dikenakan hukuman penjaran dan denda.

Sumber : Harian Metro

SKIP THIS AD ×