

Pempengaruh dan usahawan, Cik Pia meluahkan rasa hiba apabila ada pihak yang mendakwa zuriatnya dari hasil hubungan luar nikah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Cik Pia Terkedu Anak Luah Rasa Rindu Pada Boss Kay – ‘Dia Tanya, Kenapa Arjuna Tak Ada Daddy?’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Cik Pia Kecewa, Bosskay Didakwa Tak Jenguk Zuriat Sendiri? – ‘Apakah Dosa Anak Sehingga Ke Hari Ini Tak Pernah Melihat Nasabnya?’
Anak dituduh

Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Cik Pia atau nama sebenarnya Nor Sufia Johari mengakui terkesan dengan tuduhan yang dilemparkan terhadap anak keduanya itu.
Tidak tahan dengan fitnah melampu tersebut, Cik Pia nekad untuk tidak memaafkan individu berkenaan.
Bergegar hati saya dengar suara dia cakap, Arumi anak luar nikah.
Sebagai manusia biasa, sebenarnya saya sangat terkesan dari segi emosi apabila orang tuduh anak saya anak luar nikah.
Saya takkan pernah maafkan. Apa salah anak saya dekat awak?
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut menyelar kenyataan individu berkenaan yang disifatkan melampau.
Dalam masa yang sama, mereka juga menasihati Cik Pia supaya tidak mengendahkan kata-kata negatif seperti itu.
Sumber: TikTok Cik Pia






![[VIDEO] Penghuni Syurga Boleh Bantu Penghuni Neraka? Ini Penjelasan Ustaz Adnin](https://asset.ohbulan.com/2026/08/adnin.jpg)

