berita

Bergelar Isteri Selepas Tiga Tahun Menjanda, Pengikut Siap Pesan Jaga Intan Saleh Dengan Baik – ‘Jangan Curang, Sayangi Kedua Anak Tu’

December 22nd, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Hampir tiga tahun bergelar ibu tunggal, bekas madu pelakon Izreen Azminda iaitu Intan Liana Saleh kembali bergelar isteri buat kali kedua pada Isnin.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Terima Kasih Layan Anak-Anak’ – Bekas Isteri Ude Dah Jumpa Calon Suami?

Sekali lafaz bergelar isteri kembali

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Intan, 35, berkongsi berita gembira tersebut dengan memuat naik foto bersama suami, Mohamad Aizam bersama dua anak lelakinya, Arish Muqri, 7, dan Ariq Muqri, 3.

Dalam kapsyen ditulis, Intan menitipkan doa agar perkahwinan ini akan kekal sampai ke syurga.

Dengan sepenuh hati dan sepanjang hidup saya. Insya-Allah.. tak banyak yang ku pinta hanya kekal ke syurga.

Rakan artis & pengikut ucap tahniah

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut mengucapkan tahniah serta tumpang gembira melihat kebahagiaan yang dikecapi Intan.

Antara rakan selebriti yang meninggalkan komen adalah aktres Puteri Sarah dan Shikin Maembong.

Di samping itu, dalam entri yang berbeza, Intan kelihatan sebak ketika acara membatalkan air sembahyang ketika suaminya menyarungkan cincin.

Terdahulu, Intan pernah bernikah dengan seorang pemuzik dikenali sebagai Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid pada 1 Mac 2013. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Pasangan ini bercerai talak satu pada 22 Mac 2018 selepas Ude mengahwini Izreen Azmida pada 8 Ogos 2017.

Sumber: Instagram @__iiiintan.saleh

SKIP THIS AD ×