berita

Bergurau Soal Neraka, PU Syed Tegur Uyaina Arshad – ‘Panas Seterika Baju Pun Dah Melompat Kesakitan’

December 17th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Gara-gara bergurau isu neraka, pengacara dan pelakon Uyaina Arshad dikecam netizen kerana menganggap perbuatan itu tidak kena tempat.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Jika Suatu Hari Aku Masuk Neraka Maka Bawa Juga Temanku’ – Gurauan Uyaina Arshad Ditegur Netizen

Berani buat main!

Tindakan itu juga mengundang pendakwah bebas, PU Syed untuk tampil memberi teguran. Kata PU Syed, soal neraka bukan perkara jenaka yang boleh buat main-main.

Betapa beraninya kamu buat content sebegini!? Sebelum ini ada yang melawak, jual topi dan di katanya topi kalis api neraka.

Tiba-tiba muncul pula video ini. Masih dengan isu api neraka. Kalian boleh buat main dengan api neraka!?

Panas seterika baju itu pun kamu dah melompat kesakitan dan kepanasan, ini pula tentang neraka!!?

Tolong taubat

Dalam pada itu, PU Syed atau nama sebenarnya, Syed Mohd. Bakri Syed Ishak menasihati Uyaina dan rakannya, pelakon Bella Dally untuk insaf serta tidak lagi mengulangi perkara sama.

Minta dua orang yang buat content ini bertaubat kepada Allah dan jangan ulangi lagi!!

Sebelum ini, Uyaina berseloroh dengan mengatakan dirinya tidak mahu masuk neraka seorang diri dan mahu mengheret Bella sekali.

Sumber: Instagram @pusyed_official

SKIP THIS AD ×