Foto: Daily Star
Seorang lelaki yang berang dengan gurauan dibuat bekas majikan bertindak menikam sehingga maut.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dia Suka Berleter & Pukul Saya, Jadi Saya Potong Kepalanya,’ – Pekerja Puas Hati Bunuh Bos
Campur air mani dalam minuman
Foto: Daily Star
Memetik laporan Daily Star, mangsa yang dikenali sebagai Edivan Alves Cavalcante, 49, didakwa mencampurkan air maninya ke dalam segelas air tebu sebelum diberikan kepada suspek yang merupakan pekerjanya ketika itu, Mauricio Roger Rodrigues Melo untuk diminum.
Walau bagaimanapun, Mauricio hanya mengetahui mengenai perkara tersebut dua tahun kemudian melalui rakan sekerjanya.
Berang dengan tindakan Edivan, Mauricio kemudiannya pergi ke syarikat di mana dia pernah berkerja untuk bertemu dengan bekas majikannya itu pada 2 Mei yang lalu.
Selepas berlaku sedikit pertengkaran, Mauricio bertindak menikam Edivan sebelum melarikan diri.
Dia kemudiannya berjaya ditahan pihak polis di sebuah kawasan hutan tidak jauh dari rumahnya dan kini dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan membunuh.
Sumber: Daily Star