berita

‘Berhenti Kaitkan Saya Dengan Wanita-Wanita Kisah Lepas, Tolong Hormat!’ – Safawi Rasid

November 21st, 2019 | by Athirah
Kini Trending

Nama pemain bola sepak kebangsaan negara, Safawi Rasid makin disebut-sebut pada hari ini lebih-lebih lagi selepas kejayaannya menghadiahkan 2 biji gol kepada pasukan Malaysia dalam aksi perlawanan menentang Indonesia baru-baru ini.

Kejayaan dengan skill luar biasa pemain muda itu telah mendapat perhatian ramai rakyat Malaysia dan sekali gus ada beberapa pihak yang mula membuat trivia atau throwback tentang pemain berbakat itu termasuklah tentang kisah cintanya.

Tolong hormat

Pasti ramai yang sudah tahu bahawa Safawi sebelum ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan beberapa orang selebriti wanita tanah air.

Mungkin untuk meraikan kejayaan yang dibuat Safawi baru-baru ini, sebuah portal hiburan kemudiannya telah membuat sedikit trivia tentang pemain itu dan mengimbau semula kisah cintanya bersama wanita yang pernah dikaitkan.

Namun, dilihat seperti kurang senang dengan perkara tersebut, Safawi kemudiannya memuatnaik satu tweet yang meminta agar dirinya tidak lagi dikaitkan dengan wanita-wanita berkenaan.

Netizen sokong

Tweet yang dibuat Safawi itu telah mendapat perhatian netizen apabila ia memperoleh hampir 6k rt dan lebih 10k tanda suka.

Malah, rata-rata netizen juga turut menyokong kenyataan yang dibuat Safawi itu dan turut meminta agar pemain itu untuk kekal fokus dalam karier bola sepaknya.

Sumber: Twitter Safawi