Penyanyi Syada Amzah meminta netizen untuk berhenti mengajukan soalan kepadanya mengenai perkembangan majlis pernikahan kakaknya yang juga penyanyi popular, Shila Amzah.
Artikel Berkaitan: ND Lala Hadir Ke Majlis Pertunangan Shila Amzah, Tersenyum Bergambar Satu Keluarga
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shila Amzah Gesa Netizen Berhenti Guna #ShiBai -‘Kalau Buat Juga, Maknanya Tiada Otak’
‘Saya tak tahu’
Menerusi kemas kini di Instagram, Syada menjelaskan bahawa dia sama sekali tidak mengetahui berkenaan tarikh dan lokasi majlis pernikahan kakaknya itu.
Berhenti tanya saya, dia (Shila) dekat mana, bila dia kahwin, dekat mana dia kahwin, saya betul-betul tak tahu.
Dalam masa sama, Syada turut berpesan kepada pengikutnya untuk tidak berkongsi sebarang hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya kepada pelantun lagu Patah Seribu itu.
Tegas Syada, kakaknya tidak gemar dengan tindakan sesetengah netizen yang bertindak sedemikian.
Tolong lah eh jangan forward apa saja saya post dekat sini (Instagram) atau di mana-mana pada kakak saya, dia tak suka.
Kalau dia nak tengok dia boleh tengok sendiri, account saya tak privasi pun.
Sekadar info, terdahulu Shila selamat mengikat tali pertunangan dengan pempengaruh media sosial Ubai MZ pada 27 Mei yang lalu.
Shila sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias pada April 2018. Namun usia perkahwinan hanya bertahan selama empat tahun apabila mereka disahkan bercerai pada Februari 2022.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang putera bernama Seth Uwais yang kini berusia tiga tahun.
Sumber: Instagram