berita

Berhenti Tepi Tol Semata-Mata Mahu Bakar Mercun Sambut Hari Jadi ‘Big Brother’, 5 Lelaki Dicekup Polis

May 18th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Susulan insiden video tular membakar mercun bagi meraikan sambutan hari lahir di Plaza tol Setia Alam, Shah Alam Sabtu lalu, lima lelaki diberkas bagi membantu siasatan.

‘Big brother birthday celebration’

Tangkap layar video viral

Kesemua suspek berusia 30 hingga 42 tahun itu ditahan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, kira-kira pukul 12 tengah hari, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim dalam satu kenyataan berkata, perkara itu disedari pihaknya menerusi satu rakaman video bertajuk ‘Big Brother Birthday Celebration’ di aplikasi Tik Tok.

Siasatan awal mendapati video itu memaparkan sekumpulan lelaki bermain mercun di tepi jalan berdekatan plaza tol tersebut.

Kejadian kira-kira pukul 8 malam itu berlaku bagi meraikan sambutan hari lahir seorang rakan dikenali sebagai ‘Mustafa’ yang berhenti di tepi tol berkenaan.

Kesemua mereka berhenti di kawasan itu untuk bertemu antara sama lain.

Tambah Mohd. Iqbal, pihaknya setakat ini menahan lima lelaki bagi membantu siasatan hasil pengecaman terhadap video itu.

Kesemua tangkapan itu akan direman pada 18 Mei bagi siasatan lanjut dengan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 6 Akta Letupan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 21 saat memaparkan sekumpulan individu yang berpakaian kemas berhenti di tepi jalan dengan turut disertai bunyi mercun di kawasan berkenaan.

Sumber: Polis (IPD) Shah Alam, @isusemasaviral, Kosmo!

SKIP THIS AD ×