berita

‘Berhentilah Berangan, Dik’ – Bekas Mentor Tuju Mesej ‘Makan Dalam’ Buat Neelofa

May 20th, 2019 | by faris
Isu & Kontroversi

Umum sedia maklum dengan kejayaan Neelofa bergelar selebriti dalam masa sama menjalankan perniagaan sendiri dan wajahnya menghiasi pelbagai kempen jenama antarabangsa. Pengaruh yang diciptanya bukan calang-calang orang dapat diraih di usia muda seperti bekas Dewi Remaja ini.

Tiada angin tiada ribut, model Zahnita Wilson memuatnaik screenshot foto Neelofa dengan kapsyen berbaur pesanan kepada aktres itu.

Ramai keluarga menderita

Zahnita yang suatu ketika dulu ligat beraksi di pentas peragaan meminta hos Meletop itu untuk berhenti berangan kerana ada beratus keluarga menderita di seberang gurun tempat penggambaran dijalankan.

Berhentilah berangan, dik @neelofa dan sedarlah realiti di seberang sana, beratus keluarga menderita.

Zahnita turut dilihat menyunting kapsyennya yang berbunyi ‘big turban… small…???? Anyone care to fill in the blank.’ (turban besar…kecil, ada sesiapa nak isi tempat kosong?)

Bukan mahu sebar kebencian

Setelah menerima beberapa komen yang mendakwa dia mungkin cemburu dengan apa dicapai Neelofa, Zahnita kemudiannya menjelaskan niat sebenarnya kepada pengikut Instagramnya.

Tidak, bukan nak menyebarkan kebencian, semestinya tak. Cuma mahu dia sedar, maaf jika menyinggung perasaan anda.

Saya hanya mahu sampaikan dia boleh buat bermacam lagi benda positif dengan masa yang dia ada.

Sumber: Zahnita Wilson, Dailymail UK

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×