berita

Berhijab, Sharifah Sofia Masih Kunjungi Disko?

August 10th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Pelakon berdarah kacukan Melayu dan Scotland, Sharifah Sofia merupakan pelakon yang tidak asing lagi di arena seni tempatan. Pada awal bulan Julai yang lalu, pelakon wanita ini telah dikatakan mengubah penampilannya kearah yang lebih sopan, iaitu berhijab.

Namun begitu, menerusi pihak media mStar, pelakon wanita yang berusia 27 tahun ini telah berkongsi satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan, di mana beliau telah dihalau keluar dari sebuah disko kerana ketika itu beliau ke pusat hiburan berkenaan dalam keadaan berhijab.

Menurut Sharifah Sofia, peristiwa tersebut berlaku ketika beliau ingin menghabiskan masa di pusat hiburan untuk berjumpa rakan-rakannya. Sofia memberitahu pihak mStar bahawa, pada ketika itu beliau rasa hairan mengapa semua orang di pusat hiburan tersebut menunjukkan reaksi pelik terhadap dirinya.

“Saya fikir apa salahnya wanita bertudung seperti saya untuk masuk pusat hiburan? Semasa di dalam pusat itu, kebanyakan wanita menunjukkan reaksi pelik terhadap saya sehinggalah pekerja di situ meminta saya keluar sedangkan mereka kenal dengan saya.”

Sofia turut tertanya-tanya mengapa kehadiran beliau dipersoalkan, sedangkan pada ketika itu beliau tidak mengambil sebarang minuman keras ataupun membuat perkara yang tidak elok. Pada masa yang sama, Sofia turut berkongsi pengalaman tersebut dengan para peminatnya menerusi Twitter miliknya dan membaca buku-buku berkaitan panduan agama Islam.

Melalui pembacaan buku tersebut, barulah Sofia memahami munasabahnya untuk menjauhkan diri daripada tempat-tempat maksiat sekiranya mahu berhijrah menjadi insan yang lebih baik.

Disamping itu, Sofia mengaku mula mendalami Islam sejak mengandungkan anaknya yang sulung iaitu  Sharifah Ariana Syed Ismail yang kini berusia setahun setengah. Sofia turut mengakau bahawa setelah mengenakan hijab, beliau lebih mendalami Islam dan mahu dirinya sempurna dan tidak meninggalkan amalan wajib.

SKIP THIS AD ×