Sejak kebelakangan ini, memang ramai artis dan selebriti tanah air sudah mula berhijab. Tak kurang juga yang mula menutup aurat dan lebih berpakaian sopan. Antaranya adalah pelakon Mawar Rashid yang sekarang dilihat manis bertudung sejak hamil anak kedua. Memang comel do’oh! Mesti Raf Yaakob tak berkelip mata tengok penampilan baru isterinya.
Mawar takut tak dapat keredhaan Allah
Salah satu sebab Mawar berhijrah. Sebab Mawar takut. Takut tak dapat keredhaan dari Allah S.W.T & Rasulullah. Takut dengan balasan yang Mawar akan dapat. Takut akan jadi punca berjauhan ngan Allah S.W.T. Takut suami Mawar kene tanggung dosa Mawar. Takut tak menjadi contoh yang baik kepada followers Mawar. Takut nanti org terikut2 benda yang tak betul yang Mawar buat. Doakan Mawar jadi muslimah yang beriman di hadapan Allah, doakan Mawar untuk istiqomah jugak
Terima kasih semua yang mendoakan Mawar. Ramai sangat yang DM Mawar, Whatsapp personal Mawar.. terharu sangat-sangat bila you all semua doakan kat Mawar. Ada yang cakap thank you sebab bagi inspirasi. Lagi lah Mawar terharu. Siapalah Mawar..Mawar pun hamba Allah yang banyak sangat kekurangan dan baru nak menutup aurat.. Thank you all. Mawar pun doakan kepada you all semua. Semoga dipermudahkan segalanya & semoga kita sentiasa dibawah lindungan Allah swt. Aamiin ya rabbal’alamiin.
Menurut Mawar penghijrahan ini kerana rasa takut menebal dalam diri. Dalam masa sama dia minta peminat mendoakan perubahannya ini kekal istiqomah.
Nak jadi lebih baik
View this post on Instagram
Comel la Mekwa ni!
Sumber : Mawar Rashid