berita

Beri Alasan Meragukan Balik Kampung Lari Arahan Kuarantin, Dua Beradik Kena Kompaun RM1000

April 10th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, pasangan adik-beradik ini menjadi individu pertama di daerah tersebut yang dikenakan tindakan kompaun RM1,000 setiap seorang selepas ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menerusi laporan Sinar Harian, pihak polis berjaya menahan pasangan adik beradik itu ketika melakukan sekatan jalan raya di  Ulu Bendul pada jam 10.50 malam semalam.

Tidak menjalani kuarantin selama 14 hari

Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Polis daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani memberitahu bahawa adik beradik tersebut mendakwa mahu melawat ibu mereka di Bahau. Tambahnya, wanita yang berusia 26 tahun tahun itu sanggup pulang ke Negeri Sembilan dengan menaiki bas sebelum dijemput oleh abangnya yang berusia 29 tahun.

Berdasarkan siasatan awal, wanita berkenaan berusia 26 tahun dari Johor Baharu manakala abangnya berusia 29 tahun dari Bahau. Wanita berkenaan bekerja di Singapura tetapi pulang ke negara ini dan diarahkan menjalani kuarantin selama 14 hari di Johor. Bagaimanapun dia bertindak melanggar arahan, pulang ke Negeri Sembilan dengan menaiki bas hingga ke Seremban dan dijemput abangnya.

Mereka telah dibawa ke Balai Polis Melang seterusnya dikenakan tindakan kompaun RM1,000 setiap seorang d ibawah Seksyen 22 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Bayaran kompaun perlu diselesaikan dalam tempoh dua minggu di Pejabat Kesihatan daerah berhampiran dan mereka boleh didakwa di Mahkamah sekiranya gagal berbuat demikian (bayar kompaun).

Tambahnya, kedua-dua mereka didapati melakukan kesalahan di bawah Peraturan-peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang boleh di hukum di bawah Peraturan 11 akta yang sama. Di samping itu, wanita tersebut turut dibawa ke Institut Aminuddin Baki untuk menjalani proses kuarantin di sana
.

Nak beli ikan siap siang

Sekadar gambar hiasan

Manakala di Petaling Jaya, Selangor pula, terdapat segelintir masyarakat yang masih memberi alasan yang tidak bermunasabah untuk keluar rumah sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Antara alasan yang diberikan ialah mahu ke pasar untuk membeli ikan yang sudah siap disiang.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal keadaan jalan raya di lokasi SJR baharu masih terkawal. Namun, ada juga sebahagian penduduk dari kawasan Taman Tun Dr Ismail (TTDI) yang melalui kawasan tersebut memberi alasan untuk membeli barangan keperluan di kawasan itu.

Kita telah nasihatkan mereka untuk membeli barang keperluan di kawasan berhampiran, malah terdapat penduduk di Mutiara Damansara yang keluar dengan memberi alasan mahu pergi ke pasar di luar kawasan untuk membeli ikan yang sudah disiang. Itu alasan remeh dan kita telah mengarahkan mereka untuk buat pusingan U.

Hari ini adalah hari pertama empat pegawai dan 80 anggota FRU ditugaskan di lima sekatan jalan raya di daerah ini. Kami amat mengalu-alukan kehadiran mereka membantu penugasan sekatan jalan raya di daerah ini sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya setakat ini telah menerima bantuan daripada beberapa pegawai dan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bagi membantu menjalankan Ops Covid-19 di kawasan tersebut. Setakat ini, sebanyak sembilan kompaun telah dikeluarkan.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×