berita

Beri Alasan Nak Jaga Anak Sakit, Isteri Curang Dengan Jiran Di Bilik Belakang

July 23rd, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang isteri dipercayai membawa lelaki lain masuk ke dalam bilik di rumah mereka sebelum perbuatan itu ditangkap oleh suaminya. Kejadian berlaku di Desa Tamangapa Raya, Sulawesi Selatan, Indonesia.

Isteri tidur bilik belakang sebab nak jaga anak

Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Manggala Kompol, Supriady Idrus, kejadian berlaku ketika isterinya, Ris dikatakan tidur di bilik belakang rumahnya kerana ingin menemani salah seorang daripada tiga anaknya yang sedang sakit. Manakala suaminya pula yang dikenali sebagai Ik tidur di bilik hadapan.

Wanita berkenaan yang merupakan isteri kepada Ik mengatakan kepada suaminya yang dia ingin tidur di bilik belakang dengan alasan untuk menjaga anaknya sakit.

Pada mulanya, suaminya berasa risau untuk tidur bersendirian pada malam itu. Ketika dia sedang cuba untuk tidur, Ik ternampak seperti bayang-bayang seorang lelaki dari bilik tempat isterinya tidur.

Lelaki berkenaan kemudiannya berjalan keluar dari bilik tersebut dan Ik dengan segera bangun dan menjerit meminta pertolongan kerana menyangkakan bahawa lelaki tersebut merupakan pencuri.

Rupanya jiran sendiri

Sekadar gambar hiasan

Akibat terdengar jeritan berkenaan, penduduk di kawasan itu bertindak untuk mengepung rumah sehingga lelaki berkenaan tidak dapat keluar daripada rumah tersebut.

Lebih mengejutkan lagi apabila lelaki berkenaan adalah jirannya sendiri yang dikenali sebagai RD.

RD dan isterinya disyaki sedang ‘bersama’ kerana setelah itu dia nak keluar dari dalam bilik belakang tersebut.

Ketika kami mendapat laporan mengenai kejadian berkenaan, pihak polis bergegas ke lokasi dan membawa kedua-duanya ke Balai Polis Makassar.

Sumber : Tribun News

SKIP THIS AD ×