berita

Beri Minuman Khayal Ketika Bersiar, Mekanik Rogol Kanak-Kanak 12 Tahun Ditahan

May 23rd, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Baru kenal menerusi satu aplikasi cari jodoh dalam talian, seorang kanak-kanak perempuan di Kuala Terengganu dirogol oleh seorang mekanik.

kanak-kanak 12 tahun kena rogol

Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Asisten Komisioner Suffian Sulaiman, kejadian berkenaan berlaku pada pukul 9.00 malam di mana kanak-kanak perempuan itu dibawa oleh suspek yang berusia 28 tahun ke sebuah bengkel di Kemaman.

Difahamkan, sebelum kejadian mangsa berusia 12 tahun itu telah keluar mengikuti lelaki yang dikenalinya melalui aplikasi cari jodoh tanpa pengetahuan ibunya.

Namun ketika mereka berhenti di sebuah stesen minyak, mangsa dipercayai dijemput oleh seorang lelaki lain yang turut dikenalinya melalui aplikasi tersebut dan dibawa bersiar-siar menaiki kereta di sekitar kawasan terbabit.

Sewaktu di dalam kereta, mangsa mendakwa lelaki yang bekerja sebagai mekanik itu memberikannya minuman yang menyebabkannya mengantuk sebelum dibawa ke sebuah bengkel.

Mangsa yang tertidur hanya terjaga apabila suspek menanggalkan seluar lalu merogolnya.

Buat laporan polis

Sekadar gambar hiasan

Walau bagaimanapun, mangsa kemudiannya membuat keputusan untuk membuat laporan polis di Balai Polis Kemaman pada pukul 5.00 pagi.

Susulan daripada kejadian itu, pihak polis berjaya menahan suspek dan kini direman untuk siasatan selanjutnya mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Sumber : Berita Harian 

SKIP THIS AD ×