berita

Beri Pelbagai Genre Lagu Konon Nak ‘Test’ Penyanyi, Aubrey Suwito Kritik Konsep Program TV

January 4th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Komposer muzik terkenal, Aubrey Suwito menerusi satu ciapan di Twitter memberikan pandangan peribadi mengenai sebuah program realiti nyanyian yang terdiri daripada peserta dalam kalangan artis.

Mengelirukan para penonton

Ujar Aubrey Suwito, tindakan penerbit memberikan pelbagai lagu yang berlainan genre untuk menguji peserta program mungkin akan merosakkan imej artis tersebut untuk jangka masa yang panjang.

Jelas Aubrey, terdapat sesetengah artis yang mampu membawa beberapa genre muzik dengan baik namun, pada hakikatnya mereka (artis) cuba mengelak daripada menyanyikan genre lagu yang kurang sesuai dengan mereka.

Pada masa yang sama, dia sempat mempersoalkan adakah penting bagi seseorang penyanyi itu untuk boleh menyanyi pelbagai jenis genre lagu dan bergelar penyanyi versatil.

Mengulas lebih lanjut, Aubrey Suwito turut berpendapat jika artis tersebut perlu menyanyikan lagu lain (berbeza daripada kepakaran mereka) pihak juri perlu bijak dan sewajarnya dalam memberikan komen.

Jika berjaya wajar dipuji

Ujarnya lagi, pujian harus diberikan kepada mereka jika berjaya melantunkan lagu tersebut dengan baik namun, jika sebaliknya bintang-bintang baru ini tidak sepatutnya dipersalahkan.

Di akhir ciapan tersebut, Aubrey Suwito menjelaskan penonton di Malaysia sukakan ‘drama’ dalam sesebuah program realiti nyanyian.

Sumber: Aubrey Suwito

SKIP THIS AD ×