berita

‘Berilah Nasihat Yang Baik, Usahlah Kecam’ – Bekas Isteri Da’i Farhan

December 5th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Kisah mengenai pergolakan rumah tangga membabitkan Da’i Farhan yang bertindak menceraikan isteri pertamanya iaitu Fatin Nurul Ain sememangnya sedang menjadi bualan hangat netizen. Susulan daripada berita penceraian yang tersebar itu, Fatin menerusi Facebooknya sebelum ini telah menjelaskan mengenai kontroversi tersebut dan turut meluahkan rasa kesal terhadap tuduhan bekas suaminya yang menganggap dirinya berlaku nusyuz.

Bagaimanapun terbaru, Fatin memuat naik satu lagi status di laman Facebooknya bagi meredakan keadaan selepas mendapat pelbagai reaksi daripada netizen berhubung kejadian yang menimpa dirinya itu.

Ambil hikmah

Jangan dilupai kebaikan dan kesilapan itu maafkanlah!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Tulisan ke-2 saya ini telah saya sediakan sebelum saya kongsikan tulisan pertama saya. Tiada daya dan kekuatan melainkan daya dan kekuatan datang dari Allah. Hanya Allah Maha Memberi kekuatan buat hamba-hambaNya.

Penulisan kedua saya ini bertujuan untuk mengajak semua untuk kita mengambil hikmah yang baik dan berhenti dari kita melakukan sesuatu ucapan, perkataan atau tindakan yang boleh merugikan kita di kemudian hari. Bak kata pepatah, luka kerana lembing senang diubati, tidak pada luka kerana kata-kata.

Ya, saya tidak mampu mengubati luka sesiapa pun yang mungkin terluka dari apa yang berlaku dari peristiwa ujian kami ini terutamanya ahli keluarga saya dan ahli keluarga mertua serta kenalan rapat mahupun tidak, namun saya sangat berharap paling tidak tulisan saya ini mampu menjernihkan kekeruhan hati melanda semua yang terlibat.

Ambil pengajaran

Pertamanya janganlah dikecam kesilapan yang berlaku tapi sama-sama kita mengambil hikmah yang baik kerana tiada manusia yang sempurna termasuklah diri saya. Ambillah pengajaran yang baik, dan buanglah saki-baki yang tidak baik itu jauh-jauh.

Saya sesekali tidak mahu menyandarkan perpisahan saya ini dengan meletakkan kesalahannya pada orang lain. Biarlah kami yang melaluinya dengan hati yang redha dan mengakui kelemahan diri sendiri dengan Allah SWT. DIA lah sebaik-baik penilai dan penerima taubat.

Dalam perasaan sedih, kecewa, sakit hati, marah dan sebagainya dalam hati kita, janganlah sampai kita melupai setiap kebaikan yang pernah diterima. Saya berharap janganlah kerana kesilapan (isu keluarga saya menjadi viral) segala kebaikan insan-insan terlibat dalam hal ini dilupai begitu sahaja. Namun, segala nasihat yang baik dan bermanfaat silakan untuk memberinya.

Usah dikecam

Sekali lagi saya nyatakan, berilah nasihat yang baik dan usahlah dikecam kerana ia keluar dari akhlak Islam yang sebenar serta berilah kemaafan terhadap kesilapan yang berlaku.

Dalam persoalan hak, itu haruslah melalui saluran yang betul. InshaaAllah saya dan pihak keluarga akan mengikuti saranan pihak berautoriti untuk menguruskan kes penceraian ini sebaiknya serta dalam keadaan tertutup.

Saya mewakili juga keluarga saya, sahabat saya dan insan-insan yang terlibat secara langsung dalam permasalahan keluarga saya ini, ingin memohon kemaafan jika ada kesilapan yang berlaku dari pihak kami sama ada sedar atau tidak. Terima kasih atas sokongan dan doa dari semua. Memaafkan itu akhlak yang mulia walaupun tidak mampu melupakan, maafkanlah.

Sumber: Facebook Fnama Fatin

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×