berita

Berita Baik Buat Penggemar Bubble Tea! Fire Tiger Tawar Promosi Buy 1 Free 1 Weekend Ini Di Midvalley

December 4th, 2019 | by Shahira
Shout Out!

Teh susu boba atau boba tea sememangnya sedang hype dalam kalangan rakyat Malaysia. Keunikan rasa dan kemanisan yang ada pada minuman ini menjadi kegilaan ramai orang. Rasa boba tapioca atau pearls yang sangat chewy dan bertekstur kenyal-kenyal apabila dinikmati dengan pelbagai jenis minuman mampu membangkitkan selera.

Kali ini buat pertama kalinya Fire Tiger By Seoulcial Club yang berasal dari Bangkok akan mengembangkan lagi sayap perniagaannya dengan membuka cawangan pertama mereka di Malaysia pada hujung minggu ini! Mesti korang dah tak sabar nak merasai kelazatan teh susu boba tea Fire Tiger kan?

Wow! Dapat minuman percuma lah

Bersempena dengan pembukaan rasmi Fire Tiger yang akan berlangsung di Mid Valley Megamall pada hujung minggu ini, mereka bermurah hati nak bagi promosi dekat korang iaitu buy 1 free 1 iaitu bermula dari 6 Disember sehingga 8 Disember. Menarik kan?

Bukan itu sahaja, mereka juga menyediakan bermacam-macam tawaran khas yang pastinya buat korang penggemar boba tea tak senang duduk! Antara ‘kejutan’ nya ialah korang berpeluang untuk menerima secawan minuman percuma sekiranya korang merupakan 100 orang pelanggan terawal yang datang bermula jam 12 tengahari dari 6 hingga 8 Disember.

Pada hari sabtu (7 Disember) jam 12 tengahari pula, korang juga berpeluang menyaksikan pertunjukan tarian singa. Jadi, jangan lupa bawa anak-anak, rakan dan sanak saudara untuk merasai kemeriahannya.

Menu yang unik dan menarik!

Fire Tiger juga menampilkan kelainan tersendiri dalam menunya yang mampu menambat hati pencinta boba antara menu signature yang ditawarkan ialah Fire Tiger Milk, Fire Tiger Milk Tea, The Crown, The Majesty, Baby Tiger dan sebagainya.

Haa tunggu apa lagi? Jom kita serbu Fire Tiger hujung minggu ini di lokasi Lot LG090, Lower Ground Floor, Midvalley Megamall Kuala Lumpur iaitu dibelakang KFC atau Aeon Big cashier dan sebaris dengan kedai Jungle House, Jadeline Exchange, Good Monster, Vanilla Mille Crepe, San Francisco Coffee Express.

Korang boleh dapatkan maklumat lanjut di laman Facebook rasmi mereka, Fire Tiger Malaysia.

SKIP THIS AD ×