berita

Berita Baik Buat Penggemar Kopi Premium, Kini Korang Boleh Nikmati ‘Starbucks At Home’ Je!

August 27th, 2019 | by Amirul Asraf
Shout Out!

Buat penggemar kopi di Malaysia dan Singapura, kami ada berita baik yang ingin disampaikan untuk korang sekarang ni! Nestlé telah melancarkan Starbucks At Home rangkaian produk kopi premium yang baharu untuk kedua-dua buah negara ini.

Pelancaran ini merupakan pelancaran sulung Nestlé dan Starbucks sejak bekerjasama pada Ogos 2018 untuk membentuk ikatan kopi global. Malah, ini juga menandakan pertama kali kopi Starbucks ‘dibawa masuk’ ke kediaman di Malaysia dan Singapura.

‘Starbucks At Home’ merangkumi 11 produk

Kalau korang nak tahu, rangkaian kopi Starbucks At Home merangkumi 11 produk, termasuk biji kopi serta kopi panggang dan kisar yang dibungkus, dan juga kapsul Starbucks sulung yang dihasilkan menggunakan teknologi kopi dan sistem hak milik Nescafé Dolce Gusto. Ikatan antara Nestlé dan Starbucks menggandingkan tiga jenama ikonik dunia iaitu Nescafé, Nespresso dan Starbucks adalah untuk membuka peluang menarik dalam pasaran kopi yang semakin berkembang di Malaysia dan Singapura.

Nestlé mempunyai pengalaman yang luas dan mendalam tentang pasaran minuman kopi di rantau ini. Ikatan ini dimeterai berdasarkan pengetahuan sistem serta kepakaran pengeluaran dan kecemerlangan pengedarannya. Nestlé turut memanfaatkan warisan keunggulan dan kedudukan premium Starbucks dalam menghasilkan kopi bermutu tinggi dan cita rasa tersendiri berdasarkan pengalaman yang tiada tandingannya sejak diperkenalkan di Malaysia dan Singapura sejak dua dekad yang lepas.

Pelbagai kopi adunan dan tanaman

Rangkaian produk kopi baharu ini termasuk pelbagai kopi adunan dan kopi tanaman tunggal tersendiri Starbucks, serta pilihan minuman klasik seperti Caramel Macchiato dan Cappuccino. Semua produk dihasilkan menggunakan 100% kopi Arabica bermutu tinggi, yang dibeli secara beretika daripada peladang di kawasan penanaman kopi utama dunia yang mematuhi program Amalan Starbucks CAFÉ.

Boleh menikmati kopi premium hanya di rumah

Menerusi rangkaian Starbucks di rumah, pengguna boleh menghasilkan semula nikmat rasa tersendiri Starbucks kegemaran mereka dalam keselesaan rumah sendiri. Kapsul Starbucks yang dihasilkan untuk mesin kopi Nescafé Dolce Gusto berilhamkan daripada kopi kegemaran anda “Dengan pelancaran ini, kami akan dapat mempercepatkan inovasi dan pembangunan kategori kopi Malaysia serta menawarkan pengguna Malaysia dengan tawaran kopi yang lebih menyenangkan, boleh disuai dan bermutu tinggi.

Produk kopi “Starbucks at Home” boleh didapati di laman rasmi “Starbucks At Home” di Lazada (Malaysia) dan FairPriceOn (Singapura) serta laman web Nescafé Dolce Gusto mulai 26 Ogos 2019, dan secara berperingkat di platform e-Dagang dan
peniaga runcit terkemuka.

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×