berita

Berjalan Sejauh 12KM Pujuk Murid Kembali Ke Sekolah, Tindakan 3 Guru Ini Dipuji

March 19th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Kegigihan tiga orang guru dari Sekolah Kebangsaan Buayan, Penampang, Sabah berjalan sejauh 12km untuk memujuk seorang murid tahun empat kembali ke sekolah mendapat perhatian netizen.

Menerusi Berita Harian, tiga guru terbabit mengambil masa tiga jam berjalan kaki pada minggu lalu, untuk melawat murid berkenaan yang tidak hadir ke sekolah selama tiga minggu.

Cubaan kedua

Menurut Guru Besar sekolah tersebut, Matius Kusop, ini merupakan cubaan kali kedua memujuk murid lelaki itu supaya kembali ke sekolah.

Sebelum ini dalam lawatan pertama, guru kami juga pergi ke rumahnya di Kampung Pongobonon, tetapi mereka hanya dapat berjumpa dengan ibu bapa murid itu saja.

Katanya lagi, kanak-kanak itu memberi alasan kaki belum pulih daripada sakit, namun pihak sekolah dimaklumkan bapanya bahawa dia sudah pulih tetapi mereka tidak dapat memujuknya untuk kembali ke sekolah.

Sekolah menyediakan asrama

Abang kepada murid itu berhenti sekolah ketika berada dalam Tahun Enam yang mana difahami pada masa lalu, murid terpaksa berjalan jauh setiap hari. Tetapi sekarang, sekolah ini sudah menyediakan asrama dan guru menjaganya termasuk menyediakan makanan percuma. Bagaimanapun, dua adik mereka bersedia datang ke sekolah.

Tidak akan berputus asa

Dalam lawatan itu, ibu bapa dan guru berkenaan tidak berjaya memujuk murid itu untuk kembali ke sekolah, malah dia menarik baju ibunya sehingga koyak ketika guru tersebut cuba memujuknya.

Kita tidak akan berputus asa untuk membawanya ke sekolah.

Terletak di kawasan Banjaran Crocker, SK Buayan, sekolah Kategori 3 itu hanya boleh dilalui oleh kenderaan pacuan empat roda. Selama tiga tahun berturut-turut, sekolah itu mencapai keputusan 100 peratus lulus dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×