berita

Berjaya Beli Gajet Idaman Dengan Duit Sendiri, Gadis Ini Kongsi Tips Menabung Dari Kecil

January 31st, 2020 | by Arini Saleh
Kewangan & Pelaburan

Tabiat menabung sememangnya disarankan bermula dari usia kecil. Sesuai dengan pepatah ‘sikit-sikit, lama-lama jadi bukit’, wang yang dikumpulkan lama kelamaan akan menjadi banyak. Ini sangat penting untuk tabungan masa hadapan dan sewaktu kecemasan.

Seperti perkongsian gadis ini di Twitter, dia membeli gajet idaman menggunakan duit simpanan yang dikumpulnya dari usia muda. Dia turut berkongsi cara yang digunakannya untuk manfaat orang ramai.

Guna duit simpanan sendiri

Mendapat lebih 5k retweet dan 20k likes, gadis yang menggunakan tweethandle @mishaqstn ini menjelaskan dia mula menyimpan dari sekolah rendah. Dia akan bersaing dengan adik beradik siapa yang berjaya kumpul lebih banyak. Dia akan memasukkan minima RM1 sehari ke dalam tabung dan setiap hujung bulan akan depositkannya ke dalam akaun bank. Begitu juga dengan duit raya setiap tahun.

Selain itu, duit belanja sekolah sewaktu asrama turut disimpan. Hasil dari bekerja sambilan tidak digunakan dan sepenuhnya dimasukkan ke dalam simpanan.

Kerja sambilan, simpan ASB

Gadis ini turut menasihati golongan muda supaya mengurus kewangan dengan baik. Elakkan daripada membeli barangan yang bukan keperluan. Untuk mengelakkan pengeluaran duit, masukkan wang ke dalam akaun Amanah Saham Berhad (ASB).

Sumber : Mica

The following two tabs change content below.