berita

Berjaya Ke Pusingan Akhir, Shila Amzah Akur Di Tempat Ketiga ‘I Am A Singer 2’

April 5th, 2014 | by Noraniza
Kini Trending

shila

Umum sedia maklum bahawa penyanyi kebanggaan Malaysia, Shila Amzah kini sedang mempertaruhkan bakatnya di pertandingan nyanyian antarabangsa, ‘I Am A Singer 2’.

Artikel Berkaitan : Shila Amzah Berjaya Ke Final I Am A Singer & Bakal Berentap Dengan 6 Penyanyi Asia

Pertandingan nyanyian yang melibatkan 12 orang peserta dari pelbagai negara yang bermula pada Januari lalu itu merupakan antara pertandingan yang dianggap sukar dan paling mencabar di Asia.

Terkini, setelah hampir 3 bulan bertungkus lumus di pertandingan tersebut, Shila Amzah terpaksa akur di tempat ketiga apabila peserta dari China, Han Lei telah dinobatkan sebagai juara I Am A Singer 2 manakala GEM dari Hong Kong menyandang tempat naib juara .

Screen Shot 2014-04-04 at 11.36.44 PM

Antara perkembangan Shila Amzah yang dikongsi menerusi laman Twitter

Walaupun tewas, anak muda ini layak digelar penyanyi hebat apabila dia berjaya melangkah selaku Top 3 ke pusingan final kedua yang berlangsung sebentar tadi.

Tampil trending di laman sosial, nama Shila Amzah menjadi bualan peminat apabila mereka memuji persembahan final pusingan kedua di mana Shila telah menyanyikan sebuah lagu rancak berjudul ‘Mama’.

shila

Antara aksi menarik Shila dalam persembahan ‘Mama’

Tidak dinafikan agak sukar untuk Shila memenangi pertandingan ini kerana juara pusingan kedua ditentukan juga dengan jumlah undian daripada para peminat yang rata-ratanya merupakan rakyat dari negara itu.

Apapun, tahniah buat Shila kerana berjaya mengharumkan nama Malaysia di arena antarabangsa. Mana tahu dengan kejayaan yang diraih oleh Shila, mungkin akan memberi inspirasi buat penyanyi Malaysia yang lain untuk mencuba nasib di sana kelak bukan? Apakata jom kita lihat persembahan Shila di bawah!

 

The following two tabs change content below.

Noraniza

Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)