Penampilan pelakon kecil molek, Nora Danish sering kali menjadi buah mulut netizen. Jika sebelum ini, Nora Danish menerima kecaman yang hebat daripada netizen susulan berkongsi outfit ketika bercuti di Pulau Langkawi, Kedah bersama keluarga dan rakan baiknya.
Artikel Berkaitan: ‘Please Nora Kita Dah Akhir Zaman’– Belanja ‘Outfit’ Pantai Kena Kecam Netizen, Nora Danish Tutup Ruang Komen
Ke mana seterusnya?
Terbaru, pelakon yang sinonim dengan drama Puteri berkongsi aktiviti hujung minggunya dengan mendaki Bukit Dinding, yang terletak di Taman Setiawangsa. Menerusi kapsyen pendek yang dikongsi, Nora berjaya menghabiskan trek bukit tersebut sejauh enam kilometer dan sempat bertanyakan lokasi seterusnya bagi melakukan aktiviti lasak ini.
Kali pertama, dan bukannya kali yang terakhir. Mana seterusnya? #6Kilometer.
Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian ramai adalah outfit Nora berwarna coklat ketika mendaki bukit yang dikatakan seksi dan menampakkan sosok badannya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dipercayai kurang senang dengan pakaian pelakon cantik ini berikutan dirinya sudah memegang status sebagai isteri dan ibu kepada dua cahaya mata.
Respon netizen
Sumber: Nora Danish