berita

Berjaya Turun 24kg, Lelaki Ini Kongsi Rahsia Tampil ‘Fit’ Dalam Masa 9 Bulan

June 30th, 2020 | by Amat
Kesihatan & Hidup Aktif

Memiliki bentuk dan berat badan yang ideal adalah impian setiap orang. Hanya usaha dan disiplin diri yang membolehkan anda melakukan perubahan pada diri sendiri. Tidak ramai yang betul-betul ‘kuat’ untuk melakukan perubahan pada diri mereka.

Perkongsian tips turunkan berat badan yang dilakukan pelakon Oh My English iaitu Zhafir Muzani ini tarik perhatian ramai. Dia yang memiliki berat badan 81kg sebelum ini telah berjaya turun hingga 57kg dalam masa 9 bulan!

Jaga timing makan

Zhafir mengamalkan kaedah intermittent fasting yang membolehkan dirinya makan dari jam 12.00 tengah hari hingga ke 8 malam sahaja. Selebihnya pada waktu yang lain, dinasihatkan untuk tidak makan melainkan minum air ketika anda berasa lapar. Kaedah ini perlulah mempunyai disiplin demi untuk membiasakan diri anda pada permulaan.

Jaga portion dan kalori

Apabila badan anda sudah terbiasa dengan waktu makan tadi, langkah seterusnya adalah menjaga kuantiti dan kalori pemakanan pula.

Start jogging atas treadmill

Sukan adalah penting untuk membantu diri anda lebih aktif dan cepat menurunkan berat badan. Zhafir mengamalkan hiit workout dan weight workout. Bagi mendapatkan otot pada tubuh, anda disarankan untuk mengamalkan weight workout seminggu hanya 2 atau 3 kali sudah memadai. Bagi anda yang baru hendak memulakan program ini, dinasihatkan untuk jogging terlebih dahulu. Kemudian, baru boleh dimulakan dengan senaman berat setelah stamina terbentuk.

Minum air masak dengan cukup

Pengambilan gula juga sangat penting bagi anda yang aktif dengan aktiviti harian. Hindari dari pengambilan gula putih, sebaliknya ambil gula perang atau makan buah-buahan. Lebih penting lagi, dapatkan air masak secukupnya dengan kiraan bergantung kepada berat badan masing-masing. Misalnya, berat badan anda adalah 25kg, maka, pengambilan air perlu 1 liter.

Dapatkan tidur yang cukup

Pengambilan air yang secukupnya juga dapat membantu memberi hidrasi ke kulit anda. Tips seterusnya adalah dapatkan tidur secukupnya. Badan kita juga perlu mendapatkan rehat yang secukupnya setelah seharian penat melakukan aktiviti lain selain workout.

Sumber: Zhafir Muzani

SKIP THIS AD ×