

Amalan gaya hidup sihat bukan sahaja mampu menurunkan berat badan, malah mampu menghindarkan diri daripada masalah kesihatan. Badan juga akan menjadi lebih cergas dan bertenaga.
Pengguna Twitter, Muhammad Amru Al-Asr memuat naik gambar sebelum dan selepas berjaya mengurangkan berat sehingga 37kg! Dia hanya mengambil masa selama tiga bulan tanpa sebarang suplemen atau fat burner.
Sebelum


Selepas


Turun 37kg dalam 3 bulan


Menerangkan dengan lebih lanjut, dia juga mengamalkan kawalan kalori, intermittent fasting, tidak mengambil makanan bergula dan bersenam dengan lebih kerap.
Dia turut menyenaraikan jenis senaman yang diamalkannya setiap hari seperti hiit workout, berlari dan berbasikal.

Apa yang menariknya, lelaki ini hanya mengambil sebanyak 850 kalori iaitu satu hidangan setiap hari. Kemudian, dia makan buah sebagai snek sebelum intermittent fasting selama 24 jam.
Sumber : Muhammad Amru Al-Asr







![[VIDEO] Individu Tegur Penampilan Nampak Dewasa, Thalita Bidas – ‘Saya Duduk Atas Pentas, Makeup Kena Tebal’](https://asset.ohbulan.com/2026/07/thalita-1.jpg)
