berita

Berjaya Turun 61KG, Lelaki Buktikan Mampu Kurus Dengan Gaya Hidup Sihat

December 22nd, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Setiap orang mengimpikan berat badan ideal, tidak kiralah sama ada lelaki mahupun perempuan. Bukan sahaja demi tubuh badan yang cantik namun mengekalkan BMI normal adalah disarankan oleh doktor untuk memastikan kesihatan diri baik.

Walaupun ianya sesuatu yang sukar, lelaki ini buktikan mampu menurunkan berat badan sehingga 61kg hanya dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Fuh terbaik!

Lebih sihat berbanding dulu

Mendapat lebih 1.3k retweet, rata-rata kagum dengan perubahan lelaki ini yang menakjubkan. Mengambil masa selama 2 tahun, lelaki ini berjaya turunkan hampir 61kg dengan amalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat.

Tidak minum manis

Setiap pagi dia akan makan oat bersama madu dan 3 potong buah betik. Dia juga tidak mengambil minuman manis dan hanya mengambi air masak setiap kali berasa lapar. Walaupun dalam berdiet, dia masih mengambil carbohidrat dalam menu sehariannya.

Hanya makan berat sekali sehari

Tambahnya lagi, dia akan makan hanya sekali makan berat untuk mengurangkan jumlah kalori seharian. Selain itu, dia juga akan mengambil buah-buahan dan biskut mengantikan makan tengaharinya.

Dalam pada itu, dia juga akan memastikan hujung minggunya dipenuhi dengan aktiviti kecergasan. Dia akan berlari tiga kali seminggu dan pergi ke gym untuk mengangkat berat.

Sumber : Amin

SKIP THIS AD ×