berita

Berkat Kongsi Ilmu Selama 4 Tahun, 10K Botol Sambal Nyet Khairulaming Habis Dijual Dalam Masa Sejam!

January 7th, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Nama Khairulaming bukanlah satu nama yang asing, kami pasti ramai yang mengenali beliau yang terkenal dengan tagline ‘What’up guys’. Video-video masakan beliau dikongsikan di media sosial sering mendapat perhatian ramai sehinggakan selebriti terkenal seperti Datuk Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir pernah menjadi suara latar dalam video masakannya.

Selepas beberapa lama mempunyai peminat tersendiri, akhirnya Khairulaming mengeluarkan produk pertama iaitu Sambal Nyet. Fuh sampai berebut orang beli!

10 ribu terjual

Alhamdulillah 10,000 botol Sambal Nyet,  semua dah sold out dalam 54 minit. Terima kasih semuaaa..aku nak nangis but i can’t because i have work to do. inshaAllah 2-3 ribu botol pertama akan pos petang ni jugak. Ya Allah takutnya nak bagi beribu orang rasa. Thank you again.

Khairulaming meluahkan rasa terharu dengan sambutan orang ramai yang menyokong keluaran produk terbarunya. Bayangkan tak sampai satu jam, 10 ribu botol sambal tersebut berjaya dijual di platform atas talian. Fuh terbaik!

Ramai puji

Rata-rata memuji selebriti media sosial ini yang bijak dalam mengeluarkan produk pertama. Jika lihat, sebelum ini Khairulaming  banyak berkongsi resepi masakan mudah yang boleh dibuat oleh anak-anak muda. Tidak hairanlah kalau hari ini rezekinya datang sekelip mata kerana beliau sememangnya tidak lokek berkongsi ilmu.

Keluarkan 10 ribu dahulu

Sebelum ini Khairulaming pernah memaklumkan bahawa pihaknya akan mengeluarkan 10 ribu botol dahulu memandangkan tempat dan modal yang terhad. Beliau juga memaklumkan akan mengeluarkan lebih banyak botol di masa akan datang.

Sumber : Khairulaming

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×