berita

“Berkawan Dengan Bekas Kekasih, Perlu Ke Tak?”- Ini 6 Perkara Korang Tak Patut Buat Dengan Ex

March 25th, 2019 | by Ai
Kini Trendy

tak perlu kawan dengan ex

Lepas break up, korang mesti rasa macam teringin nak berkawan dengan ex korang kan? Ya sis faham, sis pun pernah ada perasaan tu. Tapi korang kena ingat dah nama pun bekas kekasih, diorang sepatutnya jadi bekas Tupperware korang je :p

Tapi kalau korang selesa, boleh je nak berkawan. Haa.. Meh sini sis share, apa yang tak patut korang buat bersama ex bila korang ambik keputusan nak berkawan. 

1. Cuba untuk get back!

dont get back with ex

Ini betul-betul benda paling penting tau. Get back dengan ex? Seriously? Kalau korang dah break, tak perlu lah fikir nak get back dengan ex korang. Benda dah lepas, biarkan jer berlalu. Tak perlu nak get back. Muktamad! Cari je orang baru, mungkin jumpa yang lebih bagus kan. Bagi peluang kat orang lain ok?!

2. Berjumpa selalu

jangan jumpa ex

Mungkin sesetengah daripada korang break up sebab tak sehaluan. So, takda timbul masalah untuk korang bermusuhan. Tapi bila dah break, dah tak perlu nak jumpa. Tak payah guna alasan nak pulang barang lah apa lah. Ini semua punca point pertama berlaku!

3. Ingat kisah-kisah silam

lupakan kisah silam dengan ex

Persahabatan yang sihat adalah untuk tak ingat kisah silam korang. Ayy move on lah korang! Lupakan semua benda yang lepas, tak perlu diingatkan. Jangan biarkan masa silam kawal masa depan korang. Ingat bahawa kita kena selalu berfikiran ke hadapan, jangan pandang belakang!

4. Cerita benda personal

jangan kongsi benda personal

Bila si dia dah jadi bekas Tupperware korang, korang kena ingat yang takda apa yang sama lagi. Dulu mungkinlah semua benda korang nak cerita. Sekarang? Haa kalau boleh elakkan. Si dia tak perlu pun tahu apa-apa pasal korang. Kalau diorang nak tahu sangat, haa biar je dia stalk korang. Eh?!

5. Jangan burukkan bekas kekasih

jangan burukkan ex

Ya sis faham, zaman sekarang memang orang suka sangat membawang. Tapi kalau pasal ex ni, elok korang tak perlu nak membawang dengan kawan-kawan. Simpan je sorang-sorang. Kena fikir positif, mungkin ada salah yang datang daripada korang sendiri. Be matured ok!

6. Pergi event bersama

jangan pergi event bersama ex

Mesti korang rasa sunyi kan tak ada peneman nak dibawa ke sesuatu event? Alaa chill, kawan korang kan ramai. Bawa je kawan-kawan, yang penting bukan ex. Buat apa korang nak kumpul kenangan lagi dengan si dia. Have fun dengan kawan-kawan. Lagi best!

done share tips berkawan dengan ex

Sis Katy done share 6 perkara yang tak patut korang buat dengan bekas kekasih. Nak hidup senang? Korang tak payah berkawan dengan ex pun. Biar je dia dengan hidup dia, korang dengan hidup korang. Kalau dia dah ada kekasih baru, kan dah macam korang mengganggu hubungan orang pula. So, NO! Bekas Tupperware tak payah buat kawan dah.

Apa pun macam biasa jangan lupa untuk follow Facebook Kini Trendy By Ohbulan dan Instagram @kinitrendy untuk mengikuti perkembangan fesyen, mekap dan lifestyle wanita yang trendy dan terkini.

SKIP THIS AD ×