Penyanyi, Shiha Zikir menasihatkan orang ramai agar bijak memilih rakan yang mampu membawa pengaruh positif dalam kehidupan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hazreen Amreena Tak Sangka Berjaya Pikat Hati Shiha Zikir Menerusi I Can See Your Voice – ‘Niat Awal Nak Menang Saja’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Norman Hakim Kongsi Persiapan Perkahwinan Anak Sulung – ‘Pengalaman Pertama Saya Sebagai Bapa’

Membawa kebaikan

View on Threads

Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Nurshiha Mohd Zikir berkongsi pandangannya mengenai kepentingan memilih lingkungan persahabatan yang tepat.

Menurutnya, seseorang perlu mendampingi individu yang sentiasa mendorong diri ke arah kebaikan dan bukan sebaliknya.

Satu nasihat untuk kita semua, pilihlah kelompok yang betul-betul membawa kebaikan dalam hidup kita.

Berkawanlah dengan orang yang mengingatkan kita untuk menjadi lebih baik, bukan orang yang mengajak kita membenci, mengumpat atau memandang buruk terhadap orang lain.

Dalam pada itu, pelantun lagu Mula itu berkata, pergaulan yang tidak sihat boleh mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku seseorang sehingga mengubah keperibadian diri.

Kadang-kadang kita tidak sedar, terlalu lama berada dalam kelompok yang salah boleh mengubah cara kita berfikir, bercakap dan melihat sesuatu perkara.

Lebih membimbangkan, kita mungkin mula terikut-ikut dengan sikap yang sebenarnya bukan mencerminkan siapa diri kita.

Pada masa sama, Shiha menegaskan bahawa keinginan untuk diterima dalam sesuatu kelompok tidak seharusnya mengubah pendirian dan nilai yang dipegang seseorang.

Tambahnya, hubungan persahabatan sewajarnya menjadi ruang untuk saling memperbaiki diri dan bukannya menjatuhkan antara satu sama lain.

Jangan kerana terlalu mahu diterima dalam sesuatu kelompok, kita sanggup menggadaikan prinsip, adab dan rasa hormat terhadap orang lain.

Ingat, bukan semua orang yang rapat dengan kita membawa pengaruh yang baik. Pilih kawan yang membantu kita naik, bukan yang perlahan-lahan menarik kita jatuh.

Sumber; Threads