berita

Berkelakuan Pelik Sebelum Panjat Pagar, Lelaki Maut Terjun Tingkat 12

May 23rd, 2021 | by Najmi Suhaimi
Kini Trending

Foto: Tangkap layar video

Semalam, tular sebuah video di media sosial memaparkan seorang lelaki yang dipercayai terjatuh dari tingkat 12 di sebuah flat Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur.

‘Hanya tersenyum dan tiba-tiba bersenam’

Foto: Kosmo Online!

Lapor Harian Metro, menerusi siasatan awal lelaki yang berusia 37 tahun itu pada mulanya dilihat berlegar-legar di blok berkenaan pada jam 1.50 tengah hari.

Ujar Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah pihaknya menerima laporan daripada orang awam yang melaporkan terdapat seorang lelaki yang bertindak ingin mahu terjun daripada bangunan itu pada jam 2.08 petang.

Sebelum kejadian itu, terdapat seorang saksi menegur lelaki terbabit dan dia hanya tersenyum dan tiba-tiba bersenam lalu memanjat tembok.

Beberapa orang awam yang berada di lokasi cuba memujuk lelaki berkenaan selama beberapa minit sebelum dia jatuh.

Ujarnya lagi, menerusi pemeriksaan yang dibuat mangsa mengalami beberapa kecederaan di kepala, bahu, tangan, dan kakinya.

Siasatan lanjut berhubung kejadian itu sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian. Setakat ini, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×