berita

Berkeras Ajak Minum Kopi & Sembang Dalam Bilik Hotel, Bekas Miss Universe Malaysia Trauma 2 Kali Diganggu Lelaki Berjubah

January 19th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Instagram, bekas Miss Universe Malaysia 2020, Francisca Luhong James berkongsi detik cemas apabila dia diganggu seorang lelaki tidak dikenali ketika berada di sebuah hotel terkemuka di ibu kota, Selasa lalu.

Calit sesuatu di bahagian leher

Menurut Francisca, kejadian tersebut bukan pertama kali berlaku dalam hidupnya. Lebih teruk, dia diganggu oleh orang yang sama di dua lokasi yang berbeza. Ujar Francisca lagi, lelaki itu memakai jubah putih serta berkopiah turut mencalit sesuatu pada bahagian lehernya dipercayai minyak. Oleh kerana terlalu takut, Francisca menelefon rakannya untuk mendapatkan bantuan.

Selepas selesai sesi spa, saya turun ke lobi hotel untuk menunggu pemandu e-hailing. Semasa duduk di sofa, sekali lagi saya bertemu lelaki tersebut. Lelaki dengan pakaian yang sama.

Tambah Francisca, lelaki itu berani mengajaknya untuk keluar minum meskipun ditolak secara baik. Di samping itu, lelaki tersebut turut mengajak Francisca berbual di dalam bilik hotelnya.

Dia pernah berkeras dan mempelawa saya untuk minum kopi dan bersembang di dalam biliknya.

Francisca turut tertanya-tanya sama ada kemunculan lelaki itu secara kebetulan atau sentiasa mengekorinya.

Saya rasa sudah tidak selamat lagi dan berharap semua wanita di luar sana tidak menerima nasib yang sama. Tolong berhati-hati.

Di akhir posting, Francisca memberitahu dia sudah membuat laporan polis. Jelasnya, tindakan memuat naik gambar lelaki tersebut di media sosial bukan bertujuan membuka aib sesiapa, sebaliknya ingin memberi kesedaran kepada masyarakat.

Mungkin orang ingat dia berjubah, dia seorang yang baik. Disebabkan itu, saya rasa tiada siapa berani menghalaunya.

Sumber: Francisca 

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×