berita

Berlagak Tuan Besar, Pengotor dan Pemalas – Sindiran ‘Pedas’ Lelaki Ini Untuk Pengunjung Ikea

March 8th, 2016 | by Arini Saleh
Kini Trending

image 3

Bila sebut saja mengenai Ikea mesti kita semua akan terfikir keseronokan mengunjung ke sana, dengan lambakan home furniture yang cantik dan unik. Harga pun boleh tahan. Bila bawa mak-mak ke sana penat dibuatnya, takkan mahu berganjak.

Selain home furniture, Ikea juga sangat popular dengan meatball dan pastanya yang sangat sedap. Setiap kali berkunjung ke sana mesti penuh meja. Namun, sikap rakyat Malaysia yang suka berlengah-lengah semasa makan memang buat sakit hati. Sindiran pedas lelaki ini mengenai sikap orang kita bikin panas telinga.. Mana taknya…

Makan bebola daging di restoran. Air boleh ‘refill’ percuma. Memang best…

Saya masih ingat ketika pertama kali berkunjung ke Ikea pada tahun 1996 semasa ia dibuka. Ketika itu Ikea IKEA Malaysia masih “menumpang” di One Utama. Dengan saiz yang jauh lebih kecil, memang sesak dengan manusia. Namun ketika itu tiada restoran besar dibuka kerana masalah ruang yang terhad.

Tahun 2003, Ikea ada bangunan sendiri. Saya hadir di hari pembukaannya dan melihat ragam manusia berebut membeli barangan pada harga diskaun. Ada yang terjatuh, ada yang bergaduh dan ada yang menangis.

Mujurlah yang menangis tadi dapat ditenteramkan perasaannya dengan makan bebola daging di restoran. Air pun boleh ditambah berulang kali percuma. Memang best waktu tu.

Namun, adab dan tatasusila hilang entah kemana…

Namun apa yang berlaku di restoran jauh dari apa yang dijangka. Adab dan tatasusila hilang entah ke mana. Ikea sudah menekankan agar semua proses adalah layan diri dari pembelian hinggalah ke pengemasan meja apabila selesai makan.

Sudah ditulis dan diterangkan dengan jelas tatacara tersebut. Tetapi apakan daya, sikap dan budaya yang telah sebati di dalam jiwa rakyat Malaysia melampaui segalanya. Meja berterabur dan kacau bilau jadinya. Siapa yang nak duduk makan maka dialah yang kena kemas meja. Selepas dia dah makan dia pulak tinggalkan untuk orang seterusnya kemas.

Jika di waktu puncak maka berdirilah kita menunggu atau mencari meja kosong, kalau yang dah habis makan pun akan terus duduk sehingga waktu borak dan sembang dan gossip selesai maka barulah beredar dan ketika itulah anda berpeluang berebut dengan orang lain yang turut menunggu.

Menunggu sambil buat-buat tengok jam, mereka buah bodoh je…

Kadang-kadang kita pergi menunggu di sebelah meja sambil buat-buat tengok jam pun diorang masih boleh buat bodo sahaja. Sembang dan sembang dan terus sembang sambil tangan menguis-nguis sisa makanan di atas meja.

Dan sehingga ke hari ini, begitulah caranya. Itulah budaya kita. Itulah wajah kita.

Pekerja Bangladesh mula menampakkan diri di ruang restoran Ikea untuk mengambilalih tugas membersihkan dan mengemas meja tuan-tuan besar ini. Setiap meja perlu ambil masa yang lama kerana bukan sekadar mengemas pinggan dan gelas tetapi mengelap tumpahan, mengumpul sisa di atas meja, mengumpul sisa di lantai dan macam-macam lagi.

Ada anak-anak yang tuang air atas lantai, anak jatuhkan nugget, pasta dan sebagainya atas lantai, mak bapak jeling sahaja. Tak apalah nanti mat Bangla tu takde kerja pula kata mereka.

Di Ikea Frankfurt, tiada pengemas meja, tukang sapu dan sebagainya…

Entahlah, sampai bila sikap begini harus ada dalam diri rakyat Malaysia yang kononnya akan menjadi negara maju tidak sampai beberapa tahun lagi sahaja.

Saya sudah hampir 5 tahun tidak makan di Ikea Malaysia di mana dalam masa 4 tahun saya makan di Ikea Jerman. Pengalamannya ibarat langit dengan bumi.

Di Ikea Frankfurt, hanya ada seorang makcik berbangsa Turki bertudung bertugas menambah kopi dan susu sahaja. Tidak ada pengemas meja, tukang sapu lantai dan sebagainya. Restoran bersih dan kemas walaupun sarat dan padat dengan pengunjung.

Selesai makan semua mengemas meja sendiri, kutip setiap sisa dan butiran yang jatuh ke lantai, lap meja dengan tisu dan susun kembali kerusi dengan kemas. Tray dibawa ke tempat yang disediakan.

Sekali sekala jika tiada kerja makcik Turki tadi akan berjalan ke ruang makan restoran untuk ejas-ejas sedikit kerusi supaya lebih “perfect”.

Jika anda datang dan meja penuh ketika itu, sesiapa yang hampir selesai makan akan segera menghabiskan makanan dan mengemas meja lalu mempelawa anda duduk di meja tersebut.

Bagi yang membawa anak kecil lagi mudah. Anda sentiasa diberi keutamaan, mereka akan segera mempelawa anda duduk di meja mereka yang telah mereka kemaskan.

Sakit hati dengan sikap orang kita yang acah-acah tuan besar, pengotor dan pemalas…

Selepas banyak bulan sudah kembali ke Malaysia, beberapa kali juga saya jejakkan kaki ke Ikea untuk membeli barangan, dan cuba juga untuk masuk ke restoran dan menikmati bebola daging yang hampir 5 tahun saya tidak merasa.

Namun apabila melihat keadaan restoran, tak mengapalah. Lebih baik saya tapau sahaja di warung Kak Timah di bawah pokok ceri di Jalan Sungai Buloh ketika mengarah balik ke Shah Alam nanti.

Makan dan mengemas sendiri di rumah adalah lebih baik dari sakit hati melihat sikap rakyat Malaysia yang acah-acah tuan besar, pengotor dan pemalas.

Apa nak jadi dengan kita ni?

Entahlah..I dont know.

Tepuk dada dan tanya iman masing-masing.

Apa boleh buat sudah menjadi tradisi orang kita yang mementingkan diri sendiri. Perkara ini boleh diubah jika mahu. Tak salah jika kita meringankan beban orang lain, mudah-mudahan kita akan dapat ‘reward’ atas kebaikan kita tu.

Sumber : facebook Khairul Abdullah

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×