berita

‘Berlakon’ Jadi Isteri Arjun Rampal & Ibu Shah Rukh Khan, Video Lucu Zulin Aziz Dapat Pujian Aktor Bollywood

April 3rd, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Sebut sahaja nama Zulin Aziz, pasti ramai dapat membayangkan gelagat dan personaliti ‘gila-gilanya’ dalam menghasilkan video-video kreatif yang dimuatnaik dalam akaun media sosialnya. Selain mempunyai bakat dalam bidang lakonan dan pengacaraan, Zulin juga mempunyai kelebihan meniru suara artis dan loghat luar negara.

Baru-baru ini, satu video komedi yang memaparkan dirinya sedang ‘berlakon’ bersama aktor Bollywood iaitu Datuk Shah Rukh Khan dan Arjun Rampal telah menarik perhatian netizen. Apa yang lebih mengejutkan apabila video tersebut turut mendapat respon daripada Arjun Rampal sendiri.

Video komedi Zulin Aziz

https://www.instagram.com/p/B-bYqMhDNCR/

Menerusi video yang dimuatnaik Zulin di laman Instagram miliknya menunjukkan ‘lakonan’ dimana dirinya yang memegang watak sebagai isteri seorang pegawai polis iaitu Arjun Rampal manakala Datuk Shah Rukh Khan pula merupakan anak mereka berdua. Dalam video komedi tersebut, Zulin sedang menjayakan wataknya dengan berlakon seakan-akan sedang menghubungi  suaminya untuk membincangkan soal anak mereka.

Lebih menarik apabila Zulin turut menggunakan bakatnya dengan berbicara bahasa Hindi ketika sedang ‘berbual’ dengan suaminya itu. Loghat dan cara penyampaian yang ditunjukkan Zulin sangat menarik persis heroin Bollywood!

Respon Arjun Rampal


Bukan itu sahaja, usaha Zulin menghasilkan video itu lebih berbaloi apabila ianya turut mendapat perhatian daripada aktor kacak Bollywood iaitu Arjun Rampal. Arjun menerusi akaun Twitternya ada membalas tweet seorang pengguna Twitter, Mynamuslim yang memuatnaik video komedi berkenaan.

Dalam posting tersebut, Arjun telah meminta pengikutnya itu untuk menerangkan kepadanya isi kandungan video tersebut dan seperti apa yang dia lihat ianya merupakan satu perkara yang lucu.

Can you translate. It seems funny, stay safe..

Netizen terhibur

Video komedi berkenaan telah mendapat pelbagai reaksi positif daripada pengguna media sosial yang rata-ratanya terhibur dengan gelagat lucu yang ditunjukkan oleh Zulin. Tidak kurang juga ada dalam kalangan mereka yang turut memuji kehebatan Zulin dalam menghasilkan video tersebut.

Sumber: Zulin Aziz

SKIP THIS AD ×