berita

‘Berlakon’ Sebagai Pencegah Maksiat, Dua Lelaki Rogol Kekasih Orang

June 7th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Dua lelaki didakwa telah menyamar sebagai pencegah maksiat sebelum mereka dikatakan merogol seorang wanita yang telah ditahan bersama teman lelakinya di Kuala Dungun, Terenganu, semalam.

Menyamar sebagai pencegah maksiat

Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan Astro Awani,  kedua-dua lelaki berkenaan yang berusia 21 dan 28 tahun itu didakwa telah menyamar sebagai penjawat awam dan menahan pasangan di hadapan rumah tumpangan pada 14 Mei lalu.

Kemudiannya, kedua-dua lelaki berkenaan dikatakan telah meminta wang sebanyak RM1,000 kepada mangsa dan teman lelakinya itu bagi menutup mulut mengenai kes maksiat mereka.

Selepas mangsa dan teman lelakinya memberitahu tidak dapat membayar wang berkenaan, kedua-dua suspek melepaskan lelaki tersebut.

Walaupun mereka melepaskan teman lelakinya, namun mereka bertindak untuk menahan mangsa dan telah membawanya ke sebuah hotel yang lain di bandar Dungun sebelum merogol mangsa secara berkumpulan.

Wanita terbabit dipercayai enggan mengikuti kedua-dua lelaki itu pada mulanya, namun terpaksa akur kerana bimbang perbuatannya diketahui oleh ahli keluarganya.

Kedua-dua suspek direman

Walau bagaimanapun, kedua-dua suspek telah ditahan dan direman selama lima hari oleh pihak polis atas kesalahan menyamar sebagai penjawat awam serta merogol mangsa.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah telah mengesahkan penahanan kedua-dua suspek dan kes berkenaan adalah benar.

Kes berkenaan disiasat mengikut Skesyen 375 (b) Kanun Keseksaan kerana merogol secara berkumpulan dan Seksyen 170 Kanan yang sama kerana menyamar sebagai penjawat awam.

Sumber : Astro Awani & Harian Metro 

SKIP THIS AD ×