berita

‘Berlakon Sikit Dapat Datuk’ -Netizen Pertikai Pingat Aaron Aziz Dan Farid Kamil?

December 16th, 2017 | by faris
Isu & Kontroversi

Setelah mengerah tenaga dan masa demi menghiburkan peminat dengan karya mereka, anak seni juga wajar dihargai. Mungkin bagi peminat penghargaan boleh dibuat dengan menonton filem mereka di wayang dan juga di kaca TV.

Selain itu, sumbangan artis juga dilihat dan dihargai oleh pemimpin dan pembesar. Oktober lalu Eizlan Yusof dan Adi Putra serta pereka Jovian Mandagie mendapat gelaran Datuk. Terkini, tiba giliran pelakon Aaron Aziz dan Farid Kamil pula ke istana menerima pingat.

Sempena hari keputeraan Sultan Pahang

Menurut laporan Harian Metro, Farid Kamil dan Aaron Aziz merupakan antara 169 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan, hari ini.

Bawa gelaran Datuk

Mereka berdua masing-masing menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Reaksi netizen

Ok la tu gelaran yang sah

Singapura pun bagi senang-senang?

Mengamuk presiden Seniman nanti

Apa-apa pun sekalung tahniah daripada kami di OhBulan!

Sumber: Harian Metro , Aaron Aziz , Farid Kamil , Prokuya Studios

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×