Semalam Nora Danish dan Fasha Sandha akhirnya telah menemui jalan penyelesaian selepas sekian lama bersengketa. Menurut Fasha, demi kebaikan anak-anak jalan terbaik yang harus diambil adalah berdamai.
Terbaru, Nora Danish menerusi laman Instagramnya turut menjelaskan perkara tersebut selain memuat naik perjanjian mahkamah yang telah dibuat mereka.
A post shared by Nora Danish (@noradanish) on Jun 1, 2018 at 8:29am PDT
Nora Danish telah melampirkan beberapa keping keratan aku janji yang dibuatnya bersama Fasha Sandha di hari mediasi yang berlangsung 22 Mei 2018. Nora mengucapkan syukur dan berharap aku janji ini adalah noktah buat semuanya. Tambahnya, bermaafan adalah amalan yang baik dan dimuliakan.
A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on Jun 1, 2018 at 2:42am PDT
Selain Nora, Fasha Sandha turut memberitahu tanpa paksaan beliau memohon maaf kepada Nora Danish dan berdamai demi kebaikan anak-anak mereka. Segala isu yang timbul sudah tamat dan dia tidak akan memberi sebarang kenyataan lagi.