
Pakar kesihatan dan motivator, Dr Zubaidi Hj Ahmad, tampil memberikan teguran terbuka kepada segelintir pempengaruh dan usahawan beragama Islam yang dilihat berkongsi aksi bermesra dengan anjing peliharaan di media sosial.
Artikel Berkaitan: Bonda Rozita Beli Dua Ekor Anjing Jenis K9, Letak ‘Microchip’ Untuk Elak Dicuri – ‘Demi Keselamatan Ladang’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Masih Seorang Muslim’ – Pembantu Veterinar Rasa Tenang Belai Anjing, Netizen Minta Belajar Hukum
‘Tidak dipamerkan di media sosial’

Menerusi hantaran di platform Facebook, beliau mengingatkan bahawa meskipun memelihara anjing untuk tujuan keselamatan seperti unit K9 tidak menjadi kesalahan dari sudut keperluan, namun terdapat batas yang wajar dijaga oleh individu beragama Islam.
Nak bela anjing untuk tujuan keselamatan, seperti unit K9, tiada masalah dari sudut keperluan.
Namun, bermain dan bermanja dengan haiwan najis mughallazah ini sepatutnya tidak dipamerkan di media sosial secara terbuka.
Jelas Dr Zubaidi, tindakan seperti itu tidak sepatutnya dilakukan secara terbuka dan ditayangkan kepada khalayak ramai kerana boleh menjatuhkan fitnah.
Ia mudah jadi fitnah dan ikutan bagi mereka yang kurang ilmu, lalu mungkin tidak mampu menjaga hukum seperti sertu setiap kali bersentuhan.
Beliau turut menyeru para pempengaruh atau individu dikenali agar lebih berhati-hati dalam mempamerkan gaya hidup mereka di media sosial, terutamanya dalam perkara yang menyentuh sensitiviti masyarakat Islam.
Ingat, sebagai influencer bukan semua yang kita buat perlu ditayang.
Ada perkara yang lebih baik disimpan sebagai urusan peribadi, demi menjaga adab, sensitiviti masyarakat dan kemuliaan syariat.
Dr Zubaidi turut berharap agar teguran tersebut dapat dijadikan teladan dan renungan oleh semua pihak.
Sumber: Facebook Dr Zubaidi








