Sesetengah orang berfikir bila nak membeli rumah ni perlu gaji yang sangat besar, tapi korang tau tak gaji kecil tak semestinya perlu menghalang korang daripada membeli rumah. Ada yang siap tangguh lagi untuk membeli rumah sebab berasa belum mampu. Lagi-lagi buat pembeli rumah pertama.
Ha…daripada korang terus menyewa kan, apa kata korang cuba dapatkan rumah yang mampu milik macam Nada Bidara ni. Untuk pegetahuan korang, Nada Bidara ini dibangunkan oleh Seri Pajam Development tau.
Banyak dah projek yang mereka kendalikan termasuk Perdana College Heights, Tiara Heights, Nada Alam, Citra Hill, Bandar Warisan Puteri, dan Nusa Intan.
Korang boleh explore dulu tapak rumah di Nada Bidara, dibuka untuk 2 hari je tau!
Kalau nak membeli rumah ni, mesti korang nak kan yang terbaik kan. Kalau boleh taknak lah yang macam dah terbengkalai lah, projek acuh tak acuh macam tak siap lah. Tapi, kalau dekat Nada Bidara ni korang tak payah risau sebab korang boleh explore dan tengok dulu persekitaran dan unit yang dibina di sana.
Ia dibuka untuk orang awam selama 2 hari iaitu pada 8 dan 9 oktober 2022, dari jam 10 pagi hingga 4 petang. Jadi, kalau korang rasa nak tengok rumah dulu sebelum confirm, boleh lah pergi melawat tapak di Galeri Nada Bidara ni.
Paling menarik, siap ada pelbagai aktiviti menarik dan makanan percuma yang disediakan di sana tau! Antaranya:
- Belon Buih Gergasi
- Seni Pasir
- Percuma Bertih Jagung & Gula Kapas
- Badut Belon
- Tertris Gergasi
- Gerai Permainan
- Aktiviti Berbasikal Kanak-Kanak
Ha.. ni kalau korang bawa anak-anak, kawan, saudara-mara dan lain-lain confirm mereka suka! Semuanya free je, korang tak payah bayar. Eh, bukan tu saja, kalau korang melawat projek pembangunan baru di Nada Bidara ni, siap ada pakej dan hadiah istimewa untuk korang menangi kalau korang mula menempah rumah tersebut.
Dengan hanya RM99 sahaja, korang berpeluang untuk mendapat set hadiah serta jongkong emas 1g secara percuma! Wow, bestnya!
Tapi, sebelum tu, jom tengok apa yang menarik mengenai kawasan rumah di Nada Bidara ni.. Nanti kalau berkenan boleh lah terus grab!
Reka bentuk rumah berkonsep open space & selesa untuk seisi keluarga!
Kalau korang nak tahu, reka bentuk rumah ini berkonsep terbuka di mana bahagian tengah rumah merupakan ruang utama yang besar dan membolehkan korang untuk bergerak bebas dan selesa. Senang ni kalau nanti korang rasa nak buat decoration apa-apa sebab ruang nya yang luas!
Semua unit rumah ini juga mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik mandi, bersaiz antara 930 kaki persegi hingga 1,000 kaki persegi, dan dilengkapi dengan balkoni yang membolehkan korang menghirup udara segar di luar. Korang juga boleh dapat dua tempat letak kereta setiap satu tau! Jadi, memang sesuai sangat lah untuk korang seisi keluarga kan.
2. Persekitaran yang menarik & pelbagai kemudahan yang ada
Rumah di Nada bidara iaitu apatment Tinta Residensi ni terdiri daripada tiga blok kediaman dan satu blok untuk kemudahan penduduk tau. Paling menarik, siap ada Inspo Parrk tau. Ha siapa yang suka kawasan kehijauan macam ni, memang sesuai sangat! Rasa sangat tenang dan sedap mata memandang.
Selain itu, ia dilengkapi dengan pemantauan keselamatan 24 jam. Kiranya memang mereka sangat menjaga privasi dan keselamatan kalau korang duduk di situ nanti.
Ada juga pelbagai kemudahan termasuk laluan jogging yang luas, tempat permainan kanak-kanak, gim, dan tempat BBQ. Kalau gini gaya nya, tak kira lah kanak-kanak mahupun orang dewasa, mesti suka kan! Rasa macam setiap petang nak habiskan masa dekat situ!
Selain itu, terdapat pembangunan Nada Bidara yang lebih luas seluas 111.31 ekar. Bukan tu saja, ada juga Tasik Bidara seluas 3.7 ekar yang mengagumkan dan ianya berfungsi sebagai kolam tadahan. Di tebing tasik ini terdapat gazebo menawan yang dipanggil The Vein, senang lah kalau korang nak rehat sekeja selepas jogging di tepi tasik tu kan?
Orang cakap tempat ni memang sesuai lah untuk semua. Paling penting, Nada Bidara ni direka dengan mengutamakan kemampanan di mana ia adalah untuk mengurangkan jejak karbon dan menggabungkan elemen cekap tenaga seperti sistem penuaian air hujan, lampu taman berkuasa solar dan pengurusan kemudahan berasaskan aplikasi tanpa kertas.
3. Lokasi yang strategik
Kawasan yang strategik perlu ada dalam list kalau korang nak membeli rumah kan. Rumah di Nada Bidara ni berada di antara Seremban dan Nilai berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa(KLIA) serta berada dalam kawasan projek Lembah Wawasan Malaysia (MVV).
Selain itu, ia bersambung dengan banyak lebuh raya utama, termasuk: Lebuhraya Utara Selatan (Plus), ELITE, MEX, SILK, LEKAS, dan lain-lain lagi. Orang kata Nada bidara ni meletakkan korang dalam kedudukan yang sempurna lah sebab korang akan dapat banyak manfaat bila duduk sini.
Bukan setakat dari segi insfrastruktur nya yang mampan, malah kawasan nya sangat strategik dan akan memudahkan korang. Lagi-lagi bila nak pergi dapatkan keperluan harian sebab kedai serbaneka tak jauh pun dari rumah.
Selain dari pusat komersial yang terdekat, terdapat juga tempat perubatan awam, pejabat, sekolah dan banyak syarikat antarabangsa yang ada termasuk: Alibaba Group, Hartalega, Pos Malaysia, Scaf KLIA, Ajinomoto, Sendayan Tech Valley, Kellogg’s, Coca -Cola yang hanya memerlukan radius 20 kilometer sahaja dari Nada Bidara.
4. Harga mampu milik & sangat berbaloi
Yang ni paling ditunggu-tunggu kan? Harga rumah apartment Tinta Residensi di Nada bidara ni bermula dari RM298,000 tau! Dengan bulanan serendah RM1,200 korang dah boleh dapat rumah cantik, selesa, kawasan bagus.
Bukan tu saja, Seri Pajam Development juga tawarkan promo awal, pakej bayaran pendahuluan yang rendah dengan ansuran 0% sehingga 36 bulan dan yuran guaman serta duti setem. Fuhh! Patutlah Tunas Residensi telah habis dijual sebelum ni ye!
Tapi takpe, korang jangan lah risau sebab kini Tinta Residensi telah mula buka jualan nya untuk orang ramai. Dengan harga yang berpatutan macam ni, rasanya lagi murah daripada korang terus menyewa kan.
Lagipun, dengan pelbagai kemudahan dan yang penting 3 bangunan dan ruang kreatif bertemakan “Sky Pods” pun ada diciptakan khas untuk penduduk yang nak chill dekat sana. Fuh, memang tak rugi dan sangat berbaloi dengan harga tau!
Ha..jangan lupa datang melawat tapak di Nada Bidara & dapatkan rumah mampu milik ini!
Amacam? Kalau nak tahu menarik atau tidak rumah di Nada Bidara ni, korang jangan lupa untuk datang melawat tapak disana dulu. Lepastu, boleh lah fikir untuk membuat pembelian kediaman pertama korang.
Untuk maklumat lanjut, korang boleh hubungi 012-670 0195 atau layari laman sesawang mereka di SINI.