berita

Berpakaian Tradisional Sarawak Di Puncak Himalaya, Siapa Sebenarnya Wanita Ini?

December 2nd, 2019 | by Shafika
Kini Trending

Siapa sangka disebalik wajah cantik dan muda, wanita ini sebenarnya sudah berusia 42 tahun. Macam tak percaya kan? Tapi itulah realiti bekas Dewi Remaja yang dikenali sebagai Nancy Maria yang kini berjaya menakluki gunung Annapurna Base Camp pada 25 November lalu bersama suaminya.

Apa yang menarik perhatian netizen apabila dia berpakaian lengkap tradional kaum Sarawak dengan begitu sempurna sekali! Memang cantik sungguh..

Bekas dewi remaja

Tampil cergas dan aktif, Nancy Maria merupakan seorang bekas Dewi Remaja pada tahun 1997/1998 yang sering melakukan aktiviti lasak bersama suaminya. Dia juga merupakan seorang guru yang mempunyai hobi berkebun dan bersenam. Patutlah badan fit macam anak dara!

Kami dah tiba di ABC dengan selamatya. Semua berjalan dengan lancar menurut rencana-Nya. Menyaksikan keindahan ciptaan Tuhan, terasa kerdilnya diri ini.

Saya memakai pakaian tradisional Kaum Kayan, etnik Orang Ulu dari Uma Juman, Belaga Sarawak. Terima kasih atas doa teman-teman Facebook. Kami berdua sihat dan ok.

Menurutnya dia sangat teruja ketika menaiki gunung Annapurna Base Camp (ABC) yang terletak di  Kathmandu, Nepal. Narcia turut berkongsi foto dan video sepanjang pendakian mereka berdua. Menceritakan detik pengalaman mereka buat ramai teruja.

Perlu bersedia fizikal dan mental

Hari ni Day 5 pendakian kami. So far so good. Tak dapat nak update gambar day 4 sbb signal tak kuat. Hari ni kami bertolak dari Sinuwa ke Deurali. Perjalanan mengambil masa 7 jam 20 min (12.45 km) mdaki 1128 meter. Cuaca sangat sejuk dan berawan.

Dalam perjalanan dari Himalaya ke Deurali tadi, kami merasai pengalaman turun salji. Suhu skrng adalah 2°C. Mereka yang ke Annapurna hari ni tak dapat melihat Gunung Annapurna dengan jelas sebab kabus tebal.

Mereka menyeberang ke Chomrong dan pada hari keempat mereka sampai di Sinuwa, yang merupakan kemuncak untuk pendakian mereka. Pada hari ke-5, mereka mendaki 1128m dari Sinuwa ke Deurali dalam tempoh 8 jam! Ketika naiknya pada 3000m +, suhu mula turun dan salji mulai jatuh pada 2 ° C.

Perlu bersedia fizikal dan mental

Kami dah sampai ke Sinuwa semula. Berjalan 25km dr ABC selama 9jam. Perjalanan turun 4 hari kami belasah singkatkan 2 hari. Jadi kami akan berada Pokhara esok selama 2 hari sebelum balik ke Kathmandu. Esok saya akan update album day by day yang tertinggal ya mommies.

Gambar bawah ni adalah gambar petang semalam selepas sunset. Gambar pemandangan sunset dan sunrise saya akan letak kemudian. Tuhan mjawab doa kita semua, TQVM yg mendoakan. Hari ni dah mendung balik dah ABC semasa perjalanan kami turun.

Nancy turut memberi nasihat kepada orang ramai agar bersedia dari segi fizikal dan mental 6 bulan sebelum memulakan pendakian gunung ABC ini. Dalam pada itu, dia turut rasa cuak setiap kali lihat helikopter berulang alik setiap setengah jam. Mungkin menandakan bahaya dimana-mana.

Sumber : Nancy Maria

 

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×